Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Monday, January 14, 2013

Ada Hikmahnya Juga

Bismillahirrahmanirrahim...

apabila saya menghadapi masalah untuk mengemaskini blog baru-baru ini. Secara kebetulan waktu itu saya sedang berdepan dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan dan juga persembahan laporan tesis kepada ahli panel. Jika tidak, pasti keinginan untuk mengemaskini tidak dapat dibendung dan waktu perlu diluangkan untuk memenuhi keinginan itu. Meskipun saya ada membuka blog baru di wordpress, ia sedikit rumit dan memerlukan masa yang banyak untuk meneliti dan memahami cara penggunaannya. Lantas hasrat untuk mengemaskini blog terbantut begitu sahaja. Kini peperiksaan sudah berlalu dan saya juga sudah berada di semester akhir pengajian. Aduhai cepat sungguh masa berlalu. Terasa seperti baru semalam saya meninggalkan pejabat dan menggalas beg sebagai pelajar. Memandangkan ini semester akhir, saya perlu memberi tumpuan lebih agar tesis dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan. Syukur juga apabila permohonan saya untuk melanjutkan tempoh pengajian telah diluluskan oleh penaja biasiswa. 

Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. 

Lokasi: Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM KL.

1 comment:

Anonymous said...

dh nak sem last dah CK? wahh mmg cepat. rasa baru je baca cerita2 ko start belaja balik nih. sementara itu, enjoy your last sem sebelom kembali mengejar waktu masuk jam 8.30!! hehehe

-mimi-