Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Saturday, December 22, 2012

Walimah Syasya

Bismillahirrahmanirrahim... 

Sebentar tadi saya meluangkan masa untuk hadir ke walimah Syasya yang merupakan teman sekuliah sewaktu di UIA. Majlis diadakan di Dewan Dato' Jamil, Kem Perdana Sungai Besi dan ini merupakan kali pertama saya masuk ke kawasan situ walhal hampir 4 tahun pernah tinggal di Bandar Tasik Selatan. Lagipun saya tiada sebab untuk masuk kes itu kerana ia bukan kawasan umum yang boleh dillalui sesuka hati. Kehadiran saya kali ini turut disertai oleh Naimah (saya memanggilnya Naim), yang juga merupakan rakan sekuliah UIA. 

Syasha dan suami melangkah masuk ke dalam dewan. Dapat bergambar tepi pun cukuplah daripada tiada langsung.
Syasha dan suami melangkah masuk ke dalam dewan.
Dapat bergambar tepi pun cukuplah daripada tiada langsung.
 
2 pasangan mempelai bersanding serentak
2 pasangan mempelai bersanding serentak
Terharu kerana ibu kepada Nina masih mengingati saya
Terharu kerana ibu kepada Nina masih mengingati saya
Saya, Naim dan Yan
Saya, Naim dan Yan
Teman-teman seperjuangan, seronok selepas lama tidak bersua
Teman-teman seperjuangan, seronok selepas lama tidak bersua

Menariknya, walimah ini turut dihadiri oleh teman-teman sekuliah yang lain dan ia satu perkara yang cukup menyeronokkan apabila dapat bertemu wajah dengan teman-teman yang pernah sama-sama mengharungi perjuangan di UIA dahulu. Lebih mengharukan apabila ibu kepada seorang teman iaitu Nina, masih mengingati wajah dan nama saya meskipun sudah hampir 10 tahun tidak bersua. Mungkin nama saya masih diingati kerana saya pernah bermalam di rumah mereka suatu masa dahulu. Aduhai, cepat sungguh masa berlalu dan sekarang masing-masing sudah punya haluan tersendiri. Namun syukur kerana ikatan ukhuwwah masih kekal terjalin antara satu sama lain. Buat Syasya, semoga perkahwinanmu dirahmatiNya dan berkekalan hingga ke syurga jua. Usai majlis, saya dan Naim mengambil peluang untuk meronda-ronda di dalam kawasan kem mengenangkan bukan mudah untuk kami masuk ke sini lagi. Sangat luas rupanya kawasan di dalamnya malah kehijauan alam masih kelihatan terpelihara. Lebih menarik perhatian saya apabila melihat kewujudan sebuah tasik yang luas berada di tengah-tengah kem. 

2012-12-22 14.17.22
Home of Future Leaders, katanya
2012-12-22 14.16.33
Padang kawad

2012-12-22 14.15.12
Zakaria dan Alias, nama kereta kebal ini
2012-12-22 14.14.22
Royal Military College
2012-12-22 14.18.33
Jalan menuju ke asrama RMC
2012-12-22 14.12.36
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Puas meronda, kami keluar melalui pintu belakang yang berhampiran dengan Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan. Naim perlu ke Gombak menguruskan keretanya yang perlu diservis sementara saya sekarang berada di UTM :)

1 comment:

GrimlyGeekyGirlNext Door said...

Alhamdulillah, terima kasih CK kerana sudi hadir. Maaf kalau ada kekurangan dan tak dapat bersama dengan kawan kawan. Niat di hati nak lepak ajer dengan semua berhurrah hurrah tapi apakan daya. Nanti kita berjumpa lagi yea:)