Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, December 21, 2012

Serigala Besar Yang Jahat (Big Bad Wolf)

Bismillahirrahmanirrahim...

10 Disember 2012 - Entri ini sepatutnya ditulis sebelum entri ini, namun apakan daya, saya terlupa untuk menyusunnya susulan masalah yang saya hadapi dengan blogspot. Nukilan saya menjadi terbantut buat seketika dan ditambah pula dengan kesibukan menyiapkan tesis yang perlu dihantar pada awal tahun hadapan. Malah masih ada beberapa entri tertangguh yang belum sempat saya muatnaik akan menyusul selepas ini.  

Ribuan buku pelbagai genre memenuhi ruang dewan
Ribuan buku pelbagai genre memenuhi dewan
Hasil pembelian saya
Hasil pembelian saya

Untuk mengelakkan kesesakan, saya tiba di MIECC seawal jam 9 pagi. Kunjungan ini turut disertai oleh sahabat saya, Arab yang tiba sejam kemudian. Ini merupakan kunjungan saya yang pertama 'mengserigalakan' diri di BBW walaupun ini merupakan penganjuran yang jika tidak silap saya, sudah masuk kali kedua. Tahun lepas saya hanya mendengar cerita daripada rakan-rakan yang mengunjunginya sahaja tetapi tahun ini, saya cuba mencari peluang untuk turut merasai pengalaman mengunjunginya. Ternyata ia memang menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding di kedai-kedai buku. Bayangkan, buku-buku yang berharga puluhan dan ratusan ringgit, dijual pada harga RM5-RM15 sahaja. Jika diikutkan hati, memang semua buku ingin dibeli tetapi apabila mengenangkan kesanggupan menghabiskan pembacaannya, saya cuba menyabarkan diri dengan hanya membeli buku-buku yang benar-benar diperlukan sahaja. Namun begitu, saya dapati tiada buku akademik dijual atau ia sudah habis dijual di awal pelancarannya lagi. Satu perkara yang perlu diingat dan sangat penting untuk dibawa apabila berkunjung ke sini adalah beg troli. Meskipun penganjur ada menyediakan kotak untuk kemudahan pengunjung memasukkan buku-buku yang ingin dibeli ke dalamnya, ia sangat berat untuk diusung ke sana dan ke mari. Membawa beg troli adalah lebih praktikal dan menyenangkan pergerakan dari satu meja ke meja yang lain. Puas rasanya hati apabila dapat memborong buku-buku pada harga yang sangat murah. Baru-baru ini juga abang saya, BaHa dan keluarga juga sempat singgah ke sana sebelum bertolak pulang ke kampung dan mereka menyatakan keseronokan berada di sana. Nampaknya kunjungan ke program sebegini bakal menjadi acara tahunan buat kami. 
  

1 comment:

GrimlyGeekyGirlNext Door said...

CK, Serigalam kembali mengganas esok? Are you ready? :)