Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Sunday, September 2, 2012

Tahniah Ono

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam seawal jam 7 pagi saya bertolak ke Bagan Serai, Perak untuk meraikan hari bahagia seorang sahabat merangkap bekas teman serumah iaitu Azyani atau kami memanggilnya Ono.

Bagaimana panggilan Ono wujud tidak pula saya ketahui kerana panggilan itu sudah diketahui sejak zaman matrikulasi lagi.

Saya sendiri pula sudah lupa sama ada Ono bercerita tentang asal usul panggilan itu atau tidak.

Saya dan Ono pernah tinggal selama hampir 4 tahun di Bandar Tasik Selatan bersama seorang lagi teman iaitu Naim.

Kali ini saya hanya memandu sendirian sahaja ke sana kerana saya perlu hadir program lain di Gombak pula pada sebelah petangnya.

Akad nikah dijadualkan pada jam 11 pagi dan saya memang berhasrat untuk turut menyaksikan momen bersejarah buat Ono itu.

Syukur kerana saya tiba tepat jam 11 pagi dan majlis bermula agak lambat berikutan kelewatan jurunikah tiba.

Turut serta meraikan majlis adalah Naim yang turut membawa ibu bapa dan adiknya.

Alhamdulillah, Ono akhirnya sah menjadi isteri kepada pasangannya yang juga merupakan abang kepada salah seorang teman sepengajian kami di UIA dulu.

Ujian awal buat Ono dan pasangannya apabila seminggu sebelum itu, bakal ayah mertua telah kembali ke rahmatullah dalam kemalangan yang turut melibatkan tunang dan ibunya.

Pun begitu, majlis tetap berjalan seperti dirancang dan lancar meskipun kesedihan masih menyelubungi keluarga mertuanya.

Usai bergambar dan bersalaman dengan pengantin serta keluarga, sekitar jam 1.15 petang, saya segera bertolak pulang untuk memenuhi undangan di Gombak pula.

Tahniah dan selamat berbahagia buat Ono dan suami. Semoga perkahwinan kalian berdua diberkati, dihiasi dengan zuriat yang soleh dan berkekalan hingga ke syurga.

3 comments:

Nurul 334 said...

I really like your pulun-ness. ke hulu ke hilir drive sorang2 merata2. omg. I wish i could do that.

it seems that u know all the roads in Malaysia ;p

i cuma reti drive dr ofis in KL ke rumah di Gombak je. to and fro. haha.

Carrie-Ma said...

Nurul,
Keadaan menuntut utk berbuat demikian :)
Dari dulu Abah mmg bg 'lesen' utk travel ke kl.
So, keyakinan timbul dari situ. Then awal2 kerja kena jaga training, mmg xduduk diam ke sana ke mari.
Alhamdulillah, semua negeri dlm semenanjung mmg dah permah redah. InsyaAllah, one day u'd be able to do it too :)

Nurul said...

InsyaAllah. Amin.