Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Sunday, August 26, 2012

Ayam Golek Bukit Bauk

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah berpuluh-puluh kali saya melalui gerai itu setiap kali pulang ke kampung tetapi hati tidak pernah tergerak untuk mencubanya.

Ia terletak betul-betul di persimpangan Kampung Durian Mentangau, Dungun yang bakal jadi laluan utama apabila LPT diteruskan kelak.

Rekod dipecahkan pada penghujung Ramadhan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah usai membeli belah di Mesra Mall bersama keluarga.

Kami beli 2 ekor ayam golek untuk hidangan berbuka puasa dan ternyata rasanya tidak mengecewakan.

Harganya pula berpatutan iaitu RM16 seekor, jauh lebih murah daripada ayam golek di tempat lain yang pernah saya nikmati.

Dek terliur dengan rasanya, semalam saya membelinya lagi sewaktu dalam perjalanan pulang ke KL.

Kali ini seekor sahaja dan berjaya dihabiskan oleh saya dan MakTeh sebelum tiba ke destinasi.

Nampaknya ia pasti jadi sasaran saya lagi setiap kali pulang ke kampung kelak.


6 comments:

Uncle Lee said...

Hello Carrie-Ma, saya da lama ta'makan ayam golek.
Long time ago ate in Kota baru....
Your pics very nice....I think saya boleh habis satu ayam, ha ha.
Selamat hari merdeka.
Simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Carrie-Ma said...

Dear Uncle Lee,

Actually saya pun dah lama tak makan ayam golek sebab tak jumpa yang sedap. Yang ini sedap. Betul Uncle, memang boleh habiskan seekor sorang2 je :)

ayah de said...

tempat ayam golek tu musykil sket sbb dia open space.. ada binatang haram kadang-kadang masuk ke kedai tu..

Carrie-Ma said...

BaHa, betul juga ya. Xpernah terfikir plak. Xleh beli la lepas ni nampak gayanya huhu

Unknown said...

Pagar ada tp org tk brape nampok sb jaring pukat cerah warnanya...

tengkuibrahim tengkuibrahim said...

Pagar ada tp org tk brape nampok sb jaring pukat cerah warnanya...