Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Sunday, July 29, 2012

Tiba-Tiba Saya Teringatkan Dia

Bismillahirrahmanirrahim...

1.13 pagi - Entah mengapa tiba-tiba saya teringatkan arwah Asyraaf.

Puas saya cuba pejamkan mata tapi perasaan itu benar-benar mengganggu saya.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir deras tanpa dapat ditahan-tahan lagi.

Saya rindukan dia.

Rindu mendengar dia memanggil saya MakLong.

Saya perasan, sebelum itu arwah memanggil saya Along atau sebutan yang seakan-akan menyerupai MakLong tetapi belum begitu sempurna.

Momen-momen akhir saya bertemu arwah, dia sudah boleh memanggil saya MakLong dengan sempurna.

Masih jelas di ingatan saya saat arwah mula dapat memanggil saya MakLong dengan sempurna.

Saat itu saya baru tiba di kampung dengan menaiki bas untuk memenuhi janji mengecat rumah sewa Abah.

Arwah mendekati saya yang ralit mengecat dan memanggil saya,

"MakLong! MakLong! MakLong!"

Berkali-kali arwah memanggil saya tetapi saya tidak menyahut panggilannya kerana begitu gembira dan bangga mendengar arwah memanggil nama saya dengan sempurna.

Saya ingin mendengar arwah menyebutnya berkali-kali.

Kecewa kerana saya tidak menyahut panggilannya, arwah kembali bermain pasir dan akhirnya dihantar pulang ke rumah oleh abang saya kerana waktu Maghrib sudah semakin hampir.

Tiba-tiba saya merasa sangat rindu pada arwah.

Rindu mendengar arwah memanggil nama saya lagi walaupun saya tahu ia satu perkara yang mustahil.

Saya memang mudah tewas apabila berdepan dengan anak-anak saudara.

Meskipun kerenah mereka kekadang boleh membangkitkan kemarahan dan kerisauan, kehadiran mereka amat bermakna dalam hidup saya.

Muhammad Asyraaf Amin, saat ini rindu itu hadir dihati MakLong tanpa dapat ditahan-tahan lagi.

Damailah dikau di sana sayang.

Yang pasti, syurga adalah tempatmu sedang MakLong masih berjuang menempuh kehidupan ini.

Semoga kita dapat bersua di syurga firdausi kelak.



2 comments:

Normas said...

innalillahiwainnalillahirajiun. post ko ni put tears kat mata aku. my hubby selalu kata, kalo kita ingat kat arwah, insya allah arwah pun akan ingat kat kita. anyway, walaupun usia nya di sini tak panjang, alhamdulillah sepanjang hayatnya, dia dia kelilingi oleh semua yang menyayanginya. now dia dijaga nabi ibrahim as. itulah rezeki. dia untung. banyak berdoa aite friend.

Carrie-Ma said...

Normas,

Arwah sentiasa dekat dihati kerana dia antara anak2 saudara yg kerap kami temui & bermain. Justeru, kehilangannya sangat dirasai. Tambahan pula arwah anak ke3 & bongsu pada masa itu. Yang pasti, arwah kini berada di tempat yang lebih baik.