Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, June 22, 2012

Pasca Kembara Saigon - Zon Selesa

Bismillahirrahmanirrahim...

Berkelana ke tempat atau negara orang lain bermakna kita akan keluar sebentar daripada zon selesa di tempat sendiri.

Apa perlunya bersusah payah mencari ketidakselesaan di tempat asing sedangkan kita boleh menikmati keselesaan di tempat sendiri?

Analoginya cukup mudah. Bagaimana kita tahu malam itu gelap jika tiada siang yang terang? Begitu juga bagaimana kita faham yang cuaca itu panas jika tiada cuaca yang sejuk?

Pendek kata, hidup ini perlu dilihat dari sudut pandang yang berbeza agar pandangan yang diperoleh lebih menyeluruh. Ringkasnya juga, dalam hidup ini kita memerlukan satu perbandingan untuk kita tahu di mana letak duduk kita yang sebenarnya. Begitulah halnya untuk mengerti akan makna selesa, kita perlu memahami erti tidak selesa agar kita lebih menghargai apa yang sedang kita nikmati.

Penginapan kami ketika di Saigon hanya sebuah hotel bajet yang terletak jauh sedikit dari jalan utama (3-5 minit berjalan kaki). Kami perlu melalui lorong sempit untuk keluar masuk ke situ. Pada awalnya kami agak skeptikal juga dengan laluan tersebut kerana bimbangkan keselamatan tetapi lama-kelamaan kami sedar, ia antara jalan utama penduduk di situ dan kebersihannya sentiasa diambil berat oleh pekerja perbandaran. Kedengaran juga kata-kata daripada Abah menyuarakan kebimbangannya tetapi saya lega apabila Abah akhirnya boleh menerima suasana itu dan menganggap ia sebagai satu pengalaman baru.

2 comments:

Uncle said...

Salam.
Kita selalunya berada di "comfort zone". Makanya Uncle agak kurang bersetuju bilamana ramai orang berkata yang negara kita negatif dari pelbagai sudut...my answer will always be, "Have you ever visited or stayed in other countries?". Uncle rasa alhamdulillah....uncle berada di Malaysia!

Carrie-Ma said...

Salam uncle,

saya sependapat dengan uncle. kadang2 yang selalu bersuara tak puas hati tu sebab tak pernah merantau ke negara orang. saya yang pergi sekejap2 ni pun rindukan Malaysia tapi uncle lagi hebat kisah perantauannya.