Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Saturday, June 23, 2012

Musim Peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Rata-rata di semua IPTA, para pelajarnya sedang dilanda demam peperiksaan termasuk saya sendiri.

Memang berbeza belajar di zaman ijazah dan sarjana. Tambahan pula bagi pelajar yang pernah bekerja seperti saya. Malah perasaannya juga sedikit berlainan tetapi yang pasti, debarannya tetap sama.

Keterujaan untuk menamatkan sesi peperiksaan memang tidak dapat disembunyikan lagi.

Sudah seminggu saya mengasingkan diri daripada sebarang aktiviti sosial. Kasihan kawan saya, Azlina @ Arab yang tidak jemu-jemu bertanya khabar. Maaf sahabat, keadaan tidak mengizinkan kita untuk bersua. Selagi peperiksaan ini masih belum selesai, gundah gulana akan sentiasa beraja di hati ini.

InsyaAllah, debaran itu akan berakhir pada hari Isnin ini.

Namun begitu, satu persoalan muncul di benak saya. Untuk peperiksaan di dunia sahaja saya sudah begitu gundah gulana, bagaimana agaknya keadaan saya (atau kita) di hari timbangan kelak?

4 comments:

juhaida said...

good luck!

Carrie-Ma said...

Thanks ju. Same goes 2 u :)

LayQa Collection said...

hai..salam ziarah..good luck for ur exam :)

dh follow..come n visit my online business blog..still new :) pelbagai koleksi pakaian muslimah..

Carrie-Ma said...

layqa,

tq singgah. insyaAllah nanti saya jenguk kat sana plak :)