Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, June 13, 2012

Kembara Saigon - Episod 3

Bismillahirrahmanirrahim...

28 Mei 2012 - Dari Chu Chi Tunnel, kami dibawa ke sebuah restoran bernama Ben Nay untuk makan tengah hari. Diberi ruang di sebuah pondok yang terletak di tepi tasik, suasananya cukup mendamaikan. Masuk hari kedua kembara, nasi masih menjadi hidangan utama dalam menu. Ia sesuai dengan kedudukan Vietnam sebagai pengeksport beras kedua terbesar di dunia selepas Thailand. 


Abah Ummi

Mula dihidangkan

Abah dan 2A

Menu

Chopstick

hidangan dinikmati

Pondok santapan kami

Usai makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan pulang ke bandar Saigon untuk meneruskan aktiviti di sana pula. Tiba di Saigon, kami singgah sebentar di sebuah masjid tertua di Saigon yang terletak di Binh Tien Street untuk solat jama'. Di situ juga terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan halal malah kami juga turut dibawa menikmati makan tengah hari dan makan malam di kawasan tersebut sepanjang kembara ini. 





Destinasi kami seterusnya adalah Independence Palace (turut dikenali dengan nama Reunification Palace) yang merupakan bekas kediaman Presiden Vietnam. Bangunan yang mempunyai 4 ruang atas dan ruang bawah tanah menempatkan bilik-bilik persidangan serta merupakan antara lokasi penting untuk pemimpin mereka merangka strategi dalam mempertahankan diri daripada serangan musuh dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1975. 


Independence Palace

Bilik persidangan

Bilik mesyuarat

Kemudahan pawagam

Helikopter buatan Amerika yang pernah digunakan oleh Presiden

Bilik merangka strategi terletak di ruang bawah tanah

Semasa di sini, kami sudah keletihan kesan perjalanan pulang daripada Chu Chi Tunnel yang agak panjang. Namun kami gagahkan juga diri untuk memenuhi itinerari yang telah disediakan oleh ejen. Hampir 1 jam juga kami dibawa melihat setiap tingkat dalam Independence Palace termasuk ruang bawah tanah yang sangat luas. Lega rasanya apabila dapat keluar daripada ruang itu yang agak panas kerana penghawa dingin tidak berfungsi. 

Destinasi seterusnya adalah Muzium Perang yang memaparkan hasil rampasan perang milik Amerika oleh tentera Vietkong di samping paparan kejadian sewaktu perang dan kesan selepasnya. Ia satu tempat yang menarik untuk melihat sendiri kesan buruk perang ke atas sesebuah negara. Oleh kerana sudah keletihan, kami hanya meluangkan masa selama 40 minit sahaja di situ dan meminta untuk dihantar pulang ke hotel serta melewatkan waktu makan malam. 





Tugu di tengah-tengah bandar Saigon

Selepas berehat selama 2 jam, Andy datang menjemput kami untuk makan malam pada jam 6.30 petang. Kali ini kami dibawa ke sebuah restoran bernama D'Nyonya. Seperti dijangka, kami masih lagi dihidangkan dengan makanan asas iaitu nasi. Usai makan malam, kami terus dihantar pulang ke hotel untuk berehat. Memang boleh bertambah berat badan kalau seminggu hidup dengan rutin sebegitu. Makan dan kemudian tidur. 

Secara kebetulan, hotel yang kami duduki terletak dekat dengan sebuah pusat permainan. Maka merasalah Adam dan Adeef bermain kereta mainan yang berfungsi menggunakan bateri selama beberapa minit dengan kadar bayaran VND15,000 (RM3) seorang. Satu perkara yang sangat membantu apabila berkomunikasi dengan penduduk tempatan yang langsung tidak tahu berbahasa Inggeris adalah penggunaan kalkulator dalam telefon bimbit untuk bertanya tentang harga. Atau satu lagi cara adalah dengan menunjukkan pilihan nota wang yang ada dalam simpanan untuk mengesahkan jumlah harga yang dimaksudkan.  




Puas bermain, kami terus pulang ke hotel untuk merehatkan diri kerana esok kami akan dibawa untuk merasai pengalaman menyusuri Sungai Mekong.


No comments: