Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Tuesday, June 12, 2012

Kembara Saigon - Episod 2

Bismillahirrahmanirrahim...

28 Mei 2012 - Seawal jam 8 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia), kami turun ke lobi untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan kembara. Pilihan menu sarapan memang terhad dan kami mengelak untuk mengambil hidangan mengandungi daging atau ayam. Lucunya, setiap hari BaHa akan membungkus lebihan roti dan jem strawberi untuk dibawa bekalan kerana Adam sering lapar. Sementara menunggu Andy datang, antara aktiviti kami adalah menonton video di komputer yang disediakan di ruang lobi. 

Hari ini kami memakai t-shirt biru yang sengaja saya tempah untuk kembara ini. Seronok rasanya melihat kami semua seragam untuk menempuh pengalaman baru di bumi asing. 

Sarapan

Menonton video

Seperti dijanjikan, Andy tiba untuk menjemput kami di hotel pada jam 8.30 pagi dan van pula sudah sedia menunggu di jalan utama. Kami terus bergerak ke sana kerana ia tidak boleh diletakkan di situ dalam tempoh yang lama. 

Seragam

Melalui lorong  menuju ke jalan utama

Destinasi kami pada hari ini adalah Chu Chi Tunnel yang terletak kira-kira 70 km daripada bandar Saigon. Oleh kerana kelajuan yang dibenarkan adalah 60 km/j, perjalanan terasa sangat perlahan dan sedikit memenatkan. Namun ia memberi kami banyak masa untuk melihat keadaan sekeliling di sepanjang perjalanan. Tidak ketinggalan, KFC dan Pizza Hut juga turut ada di sini tetapi saya tidak pasti sejauh mana tahap kehalalannya. 


Ga Ran Kentucky

Hampir 2 jam perjalanan, kami akhirnya tiba di destinasi dituju. Sementara Andy menguruskan tiket masuk, kami mengambil peluang untuk menunaikan hajat kecil di tandas yang disediakan. Menurut Ummi, tandas di sini boleh dipuji kerana tahap kebersihannya berbanding pengalaman Ummi sebelum ini di Medan dan Bandung. Saya hanya senyum kerana sentiasa percaya bahawa lain tempat, lain budayanya. 

Lebih lucu apabila BaHa menemui tempat buang air kecil yang diletakkan ais di dalamnya. Sehingga hari ini, tiada penjelasan yang boleh kami fahami mengapa ia dibuat begitu. 


???
Seterusnya, kami dibawa menuju ke memasuki galeri senjata yang mempamerkan jenis-jenis senjata yang digunakan semasa zaman peperangan tentera Vietkong dan Amerika. 




Dari situ, kami memasuki laluan menuju ke kawasan terowong bersejarah yang menjadi simbol kebijaksanaan tentera Vietkong dalam mempertahankan tanah air mereka. Sebelum itu, petugas yang berada di laluan tersebut akan menampal stiker kepada pengunjung dewasa sebagai bukti bahawa pembayaran telah dibuat sebelum meneruskan perjalanan.

Tampal stiker sebagai bukti pembayaran

Gigih Ummi dan ibu mengandung mendaki

Pit stop pertama adalah tayangan video hampir 20 minit yang menceritakan sedikit sebanyak sejarah perjuangan rakyat Vietnam mempertahankan tanah air mereka. Jenuh juga nak tunggu habis tayangan terutama Adam dan Adeef yang dah mula buat hal sendiri. Jangan kata kanak-kanak, kami yang dewasa pun sudah tidak sabar menunggu tayangan habis dan terus melihat kesan tinggalan yang dimaksudkan. 

Tayangan video, jenuh tunggu habis

Selesai sesi tayangan, kami terus bangun menuju kepada Andy yang menunggu di luar pondok dan dia membawa kami melihat kesan-kesan tinggalan terowong yang masih utuh sehingga hari ini. Jujurnya, saya kagum melihat binaan terowong tersebut yang mempunyai 3 tahap sepanjang 230km. Kami juga diberi peluang memasuki lubang-lubang yang ada malah BaHa dan MakTeh telah mencuba sendiri untuk memasukinya. Lubang-lubang udara pula disalurkan menggunakan buluh melalui busut-busut yang ada di dalam hutan untuk mengelakkan diketahui oleh musuh. 


BaHa cuba memasuki terowong. Hairannya, muat tu.

MakTeh pun sama
BaHa dan 2A

Saya :)

Turut dipamerkan adalah jenis-jenis jerangkap samar yang dibuat sendiri oleh mereka sepanjang peperangan. Melihat kepada bentuknya, memang ngeri dan boleh menyebabkan kematian kepada musuh yang terjerlus masuk ke dalamnya malah ramai juga tentera Amerika yang cacat kerananya. Ternyata apabila manusia berada dalam keadaan terdesak, mereka mampu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.


Galeri jerangkap samar

Rolling trap

Door trap, diletakkan di muka pintu rumah

Lapang sasar menembak turut disediakan di sini dan pengunjung yang ingin merasai pengalaman menembak boleh membeli peluru sebenar sebanyak 10 butir pada harga VND30,000 (RM4.50). Abah yang memang sudah lama tidak menembak turut tidak melepaskan peluang untuk mencubanya. 


Lapang sasar menembak

Abah beraksi

Saya? Tumpang bergambar je

Antara makanan tradisional yang popular di Vietnam adalah rice paper yang dibuat daripada tepung beras. Ia dikukus terlebih dahulu dalam bentuk bulatan dan disusun atas jemuran untuk dijemur sehingga kering. Pada saya, jika di Malaysia ia kelihatan seperti kulit popia sahaja. 


Tepung beras dikukus

Disusun atas jemuran

Dijemur hingga kering

Seterusnya, kami dibawa untuk melihat pembuatan sandal yang digunakan oleh tentera Vietkong semasa peperangan. Ternyata ia sungguh lasak dan tahan lama kerana dibuat daripada tayar terpakai. Pisau yang digunakan pula sangat tajam dan boleh siap dalam masa yang singkat. 


Pembuatan sandal

Jika ke sini, tidak lengkap rasanya sesi lawatan jika tidak merasai sendiri pengalaman melalui terowong yang dimaksudkan. Kami diberi peluang merasainya untuk memasuki terowong sejauh 50 meter sahaja. Walau bagaimanapun, Ummi dan Kak Syima terpaksa menarik diri kerana Ummi sakit lutut dan Kak Syima pula mengandung. Ternyata ia muat-muat badan kami sahaja dengan keadaan yang gelap dan panas. Kami terpaksa berjalan membongkok atau jalan itik untuk melepasinya sehingga tiba ke pintu jalan keluar. Tidak sanggup rasanya untuk berlama-lama di dalamnya. Justeru, tidak dapat saya bayangkan bagaimana keadaan mereka melaluinya sewaktu zaman peperangan dahulu.


Beratur masuk terowong

Bukan itu sahaja, terowong yang dibina turut lengkap dengan dapur, bilik mesyuarat, tempat makan dan klinik. Malah ia dihubungkan antara satu sama melalui terowong juga tanpa mereka perlu keluar daripada terowong tersebut. Untuk mengelakkan asap yang memasak dikesan oleh musuh pula, mereka membina saluran khusus untuknya. 


Saluran asap

Bom yang dibuat sendiri oleh mereka

Abah Ummi berhenti rehat

Bersama tentera Vietkong

Hampir 3 jam meluangkan masa di situ melihat sendiri kebijaksanaan, kegigihan dan kekentalan semangat rakyat Vietnam mempertahankan negara mereka, kami beredar menuju ke sebuah restoran yang tidak jauh dari situ untuk menikmati makan tengah hari.



No comments: