Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Monday, June 11, 2012

Kembara Saigon - Episod 1

Bismillahirrahmanirrahim...

27 Mei 2012 - Akhirnya hari yang dinanti tiba selepas hampir setahun tiket dibeli. Abah Ummi nampak begitu bersemangat untuk bertolak ke sana malah sudah menyiapkan barangan mereka sejak awal pagi lagi. Kembara kami kali ini agak menarik kerana datang dari dua arah yang berbeza. Saya dan adik perempuan, MakTeh serta Abah Ummi akan bertolak daripada LCCT ke Saigon manakala abang saya, BaHa dan keluarga pula akan bertolak daripada  Lapangan Terbang Changi, Singapura. Mereka telah bertolak ke JB sehari lebih awal dan bermalam di rumah abang kami di sana. Penerbangan kami dengan AA daripada LCCT akan berlepas pada jam 2.45 petang manakala penerbangan BaHa dengan Tiger Airways pula pada jam 3.25 petang. Penerbangan ke Saigon memakan masa hampir 2 jam juga dan perbezaan masa dengan Malaysia adalah -1 jam. 

Penyertaan BaHa dan keluarga dalam kembara kali ini juga ada cerita yang tersendiri di sebaliknya. Mulanya, hanya saya, MakTeh dan Abah Ummi sahaja tetapi selepas kejadian pemergian arwah Asyraaf, saya dan MakTeh sepakat untuk turut menjemput BaHa dan keluarga menyertai kami. Hasrat kami cuma satu, semoga percutian ini akan dapat mengubat sedikit kesedihan BaHa dan keluarga atas dugaan yang dilalui. Malah kami juga ingin mereka tahu yang kami akan sentiasa berada di samping mereka dalam suka dan duka. Lalu saya semak penerbangan AA tetapi harga yang dikenakan terlalu tinggi menyebabkan saya beralih arah kepada Tiger Airways. Selepas persetujuan BaHa untuk ke JB diperoleh, saya terus menempah tiket penerbangan dan segera menghubungi ejen di Vietnam untuk menambah jumlah peserta dalam pakej yang telah ditempah. 

Kami dihantar ke LCCT oleh adik lelaki, BaYu, dan tiba lebih awal untuk menyelesaikan urusan penyerahan bagasi. Sewaktu di sana, lucunya Abah dengan yakin telah menegur Prof Izzudin atau lebih dikenali sebagai Prof Izzi dan kami sempat bergambar dengan beliau. Apa yang saya tahu, Abah mengenali beliau sewaktu menjadi imam di masjid berhampiran rumah kami malah Prof Izzi sebenarnya mempunyai sebuah rumah berdekatan masjid tersebut. 

Bersama Prof Izzi

Alhamdulillah, urusan penerbangan kami ke sana lancar dan tiba seperti dijadualkan. Saya puji sistem imigresen di sana yang sangat lancar dan keadaan lapangan terbang yang sungguh selesa. Agak terkejut juga sebenarnya apabila melihat suasana lapangan terbang yang nampak moden. Lebih menarik, kami tidak perlu turun naik tangga kerana menaiki penerbangan AA sebaliknya melalui aerobridge ke balai ketibaan. Tiba di sana, ejen yang dilantik sudah sedia menunggu tetapi kami perlu menunggu ketibaan BaHa dan keluarga terlebih dahulu sebelum bertolak ke destinasi seterusnya. 

Tan Son Nhuat International Airport

Tengok logo je, tak faham tulisan

Sistem imigresen yang lancar

Tidak lama selepas itu, BaHa dan keluarga tiba dan kami terus menuju ke kenderaan yang telah disediakan. Pemandu pelancong yang akan menemani kami sepanjang percutian adalah Andy dan pemandunya, Tang. Kenderaan yang disediakan sangat selesa buat kami seramai 8 orang. 

Andy, pemandu pelancong sepanjang kembara

Oleh kerana perbezaan masa dengan Malaysia adalah -1 jam, kami agak beruntung kerana tempat-tempat yang berurusan pada waktu pejabat masih beroperasi pada waktu tersebut. Kami dibawa ke sebuah bangunan bersejarah di tengah kota Saigon iaitu pejabat pos yang merupakan kawasan tumpuan pelancong kerana BaHa ingin menukar matawang kepada Vietnam Dong.


Tukar bang jangan tak tukar

Di hadapan pejabat pos

Dari situ, Andy bercadang membawa kami untuk mendaftar masuk ke hotel terlebih dahulu tetapi mengubah rancangan apabila kami meminta untuk dibawa makan malam terlebih dahulu. Seperti dijanjikan oleh ejen, kami dibawa ke sebuah restoran halal bernama VN Halal. Dalam perjalanan ke sana, saya sungguh takjub melihat jumlah motosikal yang memenuhi jalanraya malah bilangannya jauh lebih banyak daripada kereta. Satu perkara lagi yang turut menarik perhatian saya adalah kebersihan di sekitar bandar Saigon. Jarang ternampak sampah sarap bertebaran di atas jalan atau di pinggirnya. 


Motosikal mendominasi jalanraya

Makan malam di restoran VN Halal

Rancangan untuk makan malam lebih awal diubah demi Adam :)

Sambal belacan

Kari ikan

Usai makan malam, kami terus dibawa ke hotel yang telah ditempah melalui laman web Agoda. Ia terletak di kawasan backpackers menyebabkan kami perlu berjalan kaki melalui lorong untuk ke situ. Mujur juga keadaan bilik hotel selesa dan bersih walaupun tidak mempunyai kemudahan lif. Ditambah pula dengan layanan stafnya yang begitu mesra meskipun kurang fasih untuk berbahasa Inggeris. Sewaktu mendaftar masuk, semua paspot akan disimpan oleh pihak hotel sepanjang tempoh penginapan. 


Mendaftar masuk

Lega rasanya dapat berbaring di atas tilam empuk selepas seharian menempuh perjalanan dari Malaysia ke Saigon. Lebih lega apabila kemudahan WIFI juga disediakan oleh pihak hotel secara percuma. Apa lagi, Adam dan Adeef conquer handphone MakLong dan MakTeh mereka untuk menonton video. 


Khusyuk layan video. Tak penat ke?

Masa untuk berehat kerana kami perlu menempuh perjalanan yang agak jauh pada keesokan pagi. Andy telah berjanji untuk datang menjemput kami di hotel pada jam 8.30 pagi. 

8 comments:

kejora said...

dok hotel mana?mahal tak?amek pakej ye?

Carrie-Ma said...

kejora/arfah,

saya duk hello hotel tapi xpreferable utk yg dtg dgn anak2 kecil. better pilih lokasi hotel yg betul2 dekat dgn benh tanh :)

saya ambik pakej dgn vietnam muslim tour. mahal ke x tu kena survey beberapa agent la. saya suka amik agent direct dari sana sebab kalau ambik agent sini mahal skit. dulu ke medan pun macam tu juga, ambik agent sana, boleh jimat banyak.

al-lavendari said...

saya seronok membaca catatan ini ..

kebetulan juga saya ada ke sana beberapa minggu lebih awal dari awak.
kalau nak baca catatan saya pulak, bolehlah ke link di bawah. Sebenarnya banyak siri saya buat ttg lawatan ini, dan masih belum habis lagi.

http://al-lavendari.blogspot.com/2012/04/apa-yang-saya-makan-di-saigon.html

Carrie-Ma said...

terima kasih tuan.

sengaja saya catatkan untuk panduan dan ingatan di masa hadapan.
maklumlah ingatan pasti berkurangan tetapi kenangan tetap abadi dalam hati.
saya pasti akan berkunjung ke blog tuan.

kejora said...

CK abik agent direct dr sana lbh jimat kan?Ade no contact dia x..atau email?

Carrie-Ma said...

Kejora,

Ya, saya ambik ejen sana.
Kalau nak, bg emel, nanti saya forward.

kejora said...

emel ke n_arfah@yahoo.com ye.tqvm CK

Eyza said...

boleh saya dapat kan contact no agen di sana ? emailkan disini ya. nazeyza@yahoo.com