Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Thursday, April 19, 2012

Terlepas Pandang

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini sekitar jam 3.30 petang, saya bertolak ke KLIA dengan menaiki tren KLIA Transit. Seperti biasa, saya memarkir kereta di Putrajaya Sentral dan menaiki tren dari situ. Tujuan saya ke sana adalah untuk bertemu dengan Marhani (Mar) yang mempunyai tugasan berkaitan program Defence Services Asia 2012 yang diadakan di PWTC. Sudah beberapa hari dia berkampung di situ dan hari ini saya terdetik untuk mengunjunginya di samping ingin berbual mengenai beberapa perkara. 

Oleh kerana saya tiba tanpa memaklumkan lebih awal kepada Mar, saya terpaksa menunggu Mar datang dari lokasi dia sedang bertugas. Semasa menunggu Mar, buat pertama kali saya berjalan memasuki ruang anjung tinjau. Anehnya, sebelum ini sudah berpuluh-puluh kali ke sini tetapi tidak pula saya terdetik untuk ke ruang tersebut. Memang seronok berada di situ kerana dapat melihat kapal terbang turun dan naik pada setiap masa. 

Hmmm...Begitulah juga kehidupan ini. Seringkali kita terlalu sibuk dengan urusan kehidupan sehingga kekadang terlepas pandang akan perkara kecil tetapi memberi makna yang mendalam terhadap kehidupan kita. Malah perkara itu cukup mudah untuk dilakukan tetapi kerana sikap terlepas pandang, kita terlepas peluang untuk menikmatinya. 

Sejak pemergian Asyraaf kembali menemui Yang Maha Pencipta, persepsi saya tentang kehidupan ini turut berubah. Saya semakin menghargai perkara-perkara kecil tetapi penting yang wujud di sekeliling kehidupan dan cuba untuk tidak terlalu mengambil berat perkara-perkara yang kurang penting. 

Agak lama juga saya menghabiskan masa bersama Mar dan meninggalkan KLIA hanya selepas menunaikan solat Maghrib. Kepenatan jelas tergambar pada wajah Mar kerana melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya. 


VIP :)

Buah tangan daripada Mar

Mar, terima kasih kerana membelanja minum petang dan buah tangan sekotak coklat yang begitu comel sehingga terasa sayang untuk dimakan.

No comments: