Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Thursday, March 1, 2012

Rekod Lama

Bismillahirrahmanirrahim...

Malam tadi TV2 menyiarkan filem 'Andaz' lakonan Shammi Kapoor dan Hema Malini. Ia antara filem yang pernah saya tonton suatu masa dahulu dan masih saya minati sehingga hari ini. Mungkin ada yang beranggapan saya seorang yang oldies kerana meminati filem-filem lama tapi jujur saya katakan, filem dulu dan sekarang jauh bezanya. Saya meminatinya kerana nilai yang dibawa oleh filem tersebut yang dekat dengan penonton sehingga kadang-kadang mampu membuatkan penonton menitiskan air mata. Contohnya, filem Yaadon Ki Barat yang turut dilakonkan oleh Amir Khan semasa kecil. Ia kisah sebuah 3 orang adik-beradik yang terpisah sewaktu kecil angkara penjahat yang membunuh kedua ibu bapa mereka. 


Video ini memaparkan saat pertemuan mereka 3 beradik apabila salah seorangnya memilih untuk menjadi penyanyi demi untuk mencari 2 orang abangnya melalui lagu yang sering dinyanyikan oleh mereka sewaktu kecil. Setiap kali melihat video ini, saya pasti tidak dapat menahan diri daripada mengalirkan air mata melihat kegembiraan mereka bersatu setelah sekian lama terpisah. Meskipun ia hanya sebuah filem, nilai yang dibawa telah berjaya menyentuh hati penonton berbanding filem-filem sekarang yang pada saya, sudah semakin kehilangan nilainya malah kalau boleh saya katakan, sudah semakin kebaratan. Sesebuah filem menjadi cantik dan indah apabila ia memaparkan budaya yang dekat dengan tempatnya dan bersifat realiti. Mana-mana filem yang hanya memaparkan isu-isu khayalan selalunya akan hanya singgah sebentar di hati penonton dan dilupai apabila masa berlalu. 

No comments: