Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Thursday, March 8, 2012

Bowling Alumni

Bismillahirrahmanirrahim...

4 Mac 2012 (Ahad), Pusat Bowling Alamanda - Akhirnya, program pertama untuk Alumni MRSM Muar yang kami rancang berjalan dengan lancar. Lebih menggembirakan apabila jumlah penyertaan yang mulanya hanya 19 orang menjadi 30 orang kerana ada yang membuat keputusan untuk hadir pada saat-saat akhir. Terasa berbayar segala penat lelah sebelum ini bergegas untuk bermesyuarat bersama teman-teman sebaik tiba dari kampung. 

Semoga ukhuwwah ini berpanjangan


Memandangkan Abah Ummi berada di KL, saya ajak mereka dan adik-adik untuk turut menyertai pertandingan ini di samping untuk meramaikan lagi jumlah peserta yang awalnya hanya seramai 19 orang sahaja. Lucu melihat Abah yang berjaya mendapat strike sebanyak 7 kali walaupun ini merupakan kali pertama dalam hidup bermain bowling. Malah Ummi juga telah dipaksa oleh adik saya untuk mencuba membuat balingan. Seingat saya, kali terakhir bermain bowling bersama keluarga adalah kira-kira 2 tahun yang lalu. Terdetik juga di hati saya untuk menganjurkan pertandingan bowling untuk Bakarians pula kelak. 

Walaupun kali pertama bermain bowling, Abah turut memenangi salah satu hadiah yang disediakan dan lebih menarik perbezaan markah Abah dengan saya hanya 1 markah sahaja. Satu pencapaian yang membanggakan untuk first-timer seperti Abah. 


Puas rasanya

Adik saya, PakSoo, mengambil hadiah bagi pihak Abah

Kepuasan dirasai apabila melihat wajah gembira teman-teman yang datang bersama keluarga masing-masing. Saya sentiasa percaya program sebegini penting untuk memastikan ukhuwwah yang wujud akan terus mekar dan berpanjangan. Sepertimana sepohon pokok perlu dibaja dan disiram untuk memastikan kesinambungan kehidupannya, begitulah juga dengan sebuah ukhuwwah. Siapa tahu suatu hari kita memerlukan bantuan daripada teman-teman pada waktu dan ketika yang tidak kita jangka. Jangan pula nanti kita menyalahkan teman-teman yang berat untuk membantu di saat kita memerlukan sedangkan kita sebelum itu begitu kedekut untuk meluangkan sedikit masa bersama mereka.  

Masih ada beberapa program yang telah kami rancang untuk dilaksanakan pada tahun ini termasuk Hari Kerjaya yang telah ditetapkan pada bulan Jun 2012. InsyaAllah, selagi khidmat saya diperlukan, saya akan terus memberi sokongan penuh sama ada tenaga, masa mahupun wang untuk menjayakannya. Niat saya hanya satu, demi ukhuwwah!

No comments: