Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, July 29, 2011

Apa Yang Saya Suka Tentang Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Marhaban Ya Ramadhan! Selamat datang wahai bulan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan. Minggu hadapan ummat Islam akan mula melakukan ibadah puasa. Terasa sungguh cepat masa berlalu. Sedar tidak sedar, bermakna sudah setahun saya berada di tempat kerja sekarang kerana saya melaporkan diri di sini pada tahun lepas di bulan Ramadhan juga. Alhamdulillah, tahun ini saya tidak perlu berpuasa ganti kerana diberi peluang oleh Allah untuk berpuasa penuh pada tahun lepas. Alangkah indahnya jika tahun ini juga saya diberi peluang yang sama.

Secara peribadi, saya menanti-nanti kehadiran Ramadhan kerana beberapa sebab:
  1. Pada bulan ini, semua orang berebut-rebut untuk melakukan amal ibadat berbanding dengan bulan-bulan lain. Masjid-masjid dan surau-surau penuh dengan jemaah yang ingin meraih ruang-ruang pahala yang disediakan kepada mereka yang mengkehendakinya. Buat sementara, dunia terasa sungguh aman dan manusia berehat sebentar dari mengejar kemewahan dunia sebaliknya mengejar kenikmatan cinta Ilahi.
  2. Jika pada bulan-bulan lain, saya terpaksa memikirkan tempat makan yang ingin dikunjungi atau makanan yang ingin dimakan untuk makan tengahari tetapi pada bulan puasa, waktu tersebut dapat diisi dengan aktiviti seperti tadarus Al-Quran.
  3. Perbelanjaan menjadi lebih jimat kerana kebiasaannya saya hanya membeli makanan secara ala kadar sahaja atau jika kesuntukan masa, saya akan berbuka puasa di masjid sahaja. Usai berbuka puasa pula, saya boleh terus solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta seterusnya solat Tarawih.
  4. Wajah-wajah manusia menjadi lebih baik dan tenang apabila dipandang. Mungkin kerana syaitan yang selama ini menggoda dan menghasut telah dirantai menyebabkan kita dapat menyerlahkan fitrah sebenar hati seorang yang bernama manusia. Hakikatnya, jiwa kita ini bersih dan sentiasa gemar kepada apa jua bentuk kebaikan.
  5. Saya menjadi mudah bangkit dari tidur untuk bersahur dan jika punya waktu, boleh juga menunaikan qiamullail. Entah mengapa ia cukup sukar untuk dilakukan pada bulan-bulan lain.
  6. InsyaAllah, ini Ramadhan terakhir sebelum saya memegang status sebagai mahasiswa. Azam saya, di ruang kesempatan yang ada ini, saya ingin memanfaatkannya bersama Abah dan Ummi di kampung. Di saat ini, Allah memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk berbakti kepada Abah dan Ummi. Ia jawapan kepada doa-doa yang sering saya pohon setiap kali selepas solat agar saya diberi peluang untuk berbakti kepada keduanya dengan sebaik mungkin. Kerisauan saya tentang kesihatan Ummi semakin meningkat apabila baru benar-benar faham tentang keadaan tahap kencing manis yang dihidapi oleh Ummi beberapa tahun kebelakangan ini. Saya akui agak kurang memberi perhatian sebelum ini apabila mendengar Ummi memberitahu tahap gula dalam badan setiap kali membuat pemeriksaan dengan doktor. Selepas ini, saya akan cuba untuk hadir bersama Ummi semasa menjalani pemeriksaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada doktor. Penerangan oleh Dr. Hasbi baru-baru ini amat merisaukan saya dan saya mula mencari pelbagai maklumat berkaitan untuk membantu Ummi mengawal keadaan penyakit kencing manis yang dihidapi.
  7. Akhirnya, sudah pastilah kerana selepas sebulan berpuasa, kita diberi nikmat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari kemenangan dan hari untuk bermaaf-maafan bersama ahli keluarga, sanak saudara dan handai taulan.

 “Ya Allah, jika ditakdirkan Ramadhan pada tahun ini adalah yang terakhir buat kami, maka Kau berikanlah kami peluang agar dapat menjadikan Ramadhan pada tahun ini Ramadhan yang terbaik.”

5 comments:

MamaYatie said...

suatu masa dulu, time bulan Ramadhan perbelanjaan meningkat dr biasa (semua nmpk sedap!) bila dah berkeluarga, br la slowly belajar manage perbelanjaan dengan lebih baik..beli ikut keperluan bukan kemahuan.. :)

Carrie-Ma said...

betul tu mamayatie. kita kena ubah sikap yg xbrp kena itu. selalunya jd begitu sbb kita membeli kerana lapar di mata & bukannya lapar di perut. natijahnya perut kita xmmpu nak makan semua benda.

Aida Manap said...

ck, ayah aku pun diabetic jugak..kalau nak try, blh amik supplement debtin 6 tu..aku ada post kat blog aku...alhamdulillah, mmg tahap gula ayah aku blh dikawal lepas makan supplement tu.

lupa...selamat berpuasa jugak..kalau ada plan nak berbuka bersama-sama, jgn lupa calling2 :)

Anonymous said...

[url=http://howtobuyclomidwithoutprescription.com] Buy Clomid[/url]

http://howtobuyclomidwithoutprescription.com


purchase Clomid online

Anonymous said...

[url=http://buyerlevitra20mgimpotence.com] [img]http://buyerlevitra20mgimpotence.com/levitra.gif[/img]
Levitra 20mg[/url]

http://buyerlevitra20mgimpotence.com


vardenafil vs. viagra vs. cialis
buying levitra online reviews
buy sildenafil citrate 50 mg
levitra online us pharmacy
topical sildenafil for women
tadacip cipla price
tadalafil best price
generic levitra online no prescription
sildenafil citrate lowest price - sildenafil citrate lowest price:
kamagra sildenafil citrate tablets 100mg
levitra vs cialis effectiveness
sildenafil citrate tablets 50 mg - sildenafil citrate tablets 50 mg:
vardenafil hcl side effects - vardenafil hcl side effects:
sildenafil citrate price - sildenafil citrate price:
where to buy levitra online no prescription



Levitra 20 mg