Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Thursday, May 5, 2011

Kembali Seperti Biasa

Bismillahirrahmanirrahim...

Beberapa ketika blog saya agak terabai tanpa sebarang kemaskini kerana pertamanya, saya telah bercuti bersama keluarga di Pulau Lagenda. Gembira dan puas hati kerana percutian yang dirancang berjalan lancar walaupun pada peringkat awalnya agak pening kepala juga memikirkan tentang pengangkutan pulang si kecil Adeef. Keduanya, sekembali daripada percutian, saya sibuk ke hulu ke hilir menyelesaikan urusan berkaitan undang-undang di Mahkamah Majistret Shah Alam. Alhamdulillah, segalanya telah berjaya diselesaikan meskipun saya terpaksa mengorbankan 2 hari bekerja iaitu Selasa dan Rabu. Sekalung terima kasih juga kepada adik saya, MakTeh yang membantu saya dalam proses tersebut. Seperti dijanjikan dalam entri sebelum ini, kisah penuhnya akan saya kongsikan kelak untuk iktibar bersama.

Hari ini saya memulakan tugasan di pejabat dengan menguruskan urusan lawatan tapak projek di Puncak Alam bersama ketua-ketua saya. Syukur kerana lawatan berjalan lancar dan tiada sebarang perkara yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati ketua saya berlaku.

Esok pula saya akan ke Cameron Highlands untuk menghadiri bengkel yang akan diadakan di Hotel Heritage. Saya memutuskan untuk memandu sendiri ke sana walaupun pihak jabatan ada menyediakan bas kerana ada beberapa tempat yang ingin saya singgah dalam perjalanan pergi dan balik kelak. Maka hari ini saya perlu menyelesaikan segala urusan dokumentasi bagi program minggu hadapan disempurnakan terlebih dahulu supaya tidak kelam kabut pada saat akhir. Agak meletihkan juga tetapi apakah pilihan yang saya ada selain untuk melaksanakannya juga? Ia tugas saya. Saya hanya berdoa semoga diberikan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakannya dengan sebaik mungkin dan paling penting saya tidak menyusahkan orang lain.

No comments: