Bismillahirrahmanirrahim...

Seawal pagi saya sudah bertolak ke pejabat kerana selepas itu saya bercadang untuk berjumpa bekas pensyarah saya di UIA Gombak. Alhamdulillah, selesai urusan di UIA, saya terus ke Shah Alam pula untuk mengambil dokumen penting dan kemudiannya terus ke Bangi. Di sana, saya singgah sebentar di Pasaraya Warta untuk membeli beberapa barang keperluan dapur yang sudah sekian lama saya senaraikan untuk dibeli. Dari situ pula, saya terus ke UKM untuk membuat penghantaran borang permohonan mengikuti pengajian sarjana. Oleh kerana tarikh tutupnya adalah pada hari ini, maka berduyun-duyunlah manusia yang membanjiri pejabat Pusat Pengajian Siswazah sehingga terpaksa beratur panjang menunggu giliran.
Kini, saya kembali ke pejabat untuk menyemak beberapa dokumen yang dihantar oleh pihak-pihak luar kepada bos saya. Mujur juga hari ini bos saya bertugas di luar kawasan, memberi ruang kepada saya untuk menyelesaikan urusan-urusan tertunggak termasuk penghantaran borang permohonan sarjana. Tidak sabar rasanya menunggu hari esok untuk memulakan perjalanan ke Langkawi. Tempat penginapan dan kenderaan telah saya tempah awal-awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan sewaktu di sana kelak. Kali ini saya tempah homestay sahaja pada kadar harga yang saya rasakan amat berpatutan namun risikonya adalah saya tidak pasti dengan keadaan sebenar homestay tersebut. Harap-harapnya ok. Kenderaan yang dijanjikan pula adalah Toyota Unser. Kadar yang ditawarkan kepada saya bagi penginapan dan penggunaan kereta untuk 3 hari 2 malam adalah RM350 sahaja. Memang agak cuak juga kerana kadar yang dirasakan begitu rendah tapi saya tawakal sahaja. Jika dilihat pada gambar yang dipaparkan dalam laman Mudah.my, rasanya ok.
Kesimpulannya, saya harap kembara kali ini akan ok :)
No comments:
Post a Comment