Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Monday, March 14, 2011

Pasca-Kembara ke Kota Singa

Bismillahirrahmanirrahim…

Blog saya terbiar beberapa hari sebelum saya bertolak ke Kota Singa dan sepanjang 2 hari di sana pula saya memang sengaja menjarakkan diri buat seketika daripada teknologi Internet. Pagi ini saya masuk pejabat dengan kepayahan yang amat. Badan lenguh-lenguh, lidah tumbuh ulser dan kaki pula sakit-sakit. Saya gagahkan juga kerana masih banyak ‘janji-janji manis' yang perlu saya langsaikan bersama ketua saya. Hehe. Dah nama pun kerja, buat saja lah. Cakap banyak pun tak akan menyelesaikan masalah. Bak pesan orang yang lebih dulu makan garam, when the going gets tough, the tough get going. So, just do it!

Punca kepada sakit-sakit yang sedang saya alami adalah kesan kembali dari kembara ke Kota Singa. Semalam saya tiba di LCCT, Sepang dengan menaiki penerbangan Tiger Airways pada jam 7 malam. Seterusnya, menaiki shuttle bus KLIA Transit ke stesen Salak Tinggi dan meneruskan perjalanan dengan tren ke stesen Putrajaya. Usai solat, saya terus ke kereta dan bayaran sebanyak RM16 dikenakan (mak ai, mahalnya huhu) untuk tempoh 2 hari. Kemudian menghantar adik saya ke Bandar Sri Damansara, makan malam dan pulang ke rumah. Tiba di rumah hampir jam 11.30 malam. Mengemas barang apa yang patut dan melelapkan mata sekitar jam 1 pagi.

Itu hanya sedikit sahaja punca saya sakit-sakit pagi ini. Kisah penuh untuk kembara ke Kota Singa masih dalam perangkaan dan akan saya kongsikan dalam blog ini sesegera mungkin. Ia satu kembara yang penuh warna-warni, masam manis dan pengajaran. Ia juga satu kembara yang memberi saya satu dimensi baru tentang kehidupan. Yang pasti, ia bukan kembara terakhir buat saya.

No comments: