Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Sunday, March 6, 2011

Ambil Mudah

Bismillahirrahmanirrahim...

Tanpa disedari, banyak perkara sering kita ambil mudah sama ada secara disedari atau tidak. Sejak bertukar daripada kad Realrewards kepada kad Mesra, saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan terhadap mata yang dikumpul. Sangka saya ia tidak mempunyai tarikh luput. Rupa-rupanya ia luput setiap 6 bulan. Patutlah jumlah mata yang dikumpul tidak sepadan dengan jumlah harga petrol yang saya keluarkan selama ini. Seingat saya ia sudah berlarutan selama beberapa tahun namun mata yang dikumpul hanya beberapa ribu sahaja.


Hasil Tuntutan Mata Kad Mesra


Malam ini saya tergerak untuk menuntut mata tersebut di PETRONAS berhampiran rumah. Terkejut juga saya dengan jumlah yang boleh dituntut iaitu RM39. Namun saya hanya menggunakan sebanyak RM26 sahaja. Saya sepatutnya sudah menggunakan mata yang dikumpul tersebut lebih awal. Dek sikap ambil mudah, saya telah kerugian banyak mata walaupun saya merupakan pengguna setia PETRONAS. Selepas ini saya pasti akan menggunakan kemudahan tersebut dengan semaksima mungkin.

No comments: