Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, February 9, 2011

Tangguh

Bismillahirrahmanirrahim...
Kamar Perbicaraan
Ini merupakan pengalaman pertama saya menghadiri sesi pendengaran di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Sesi ini merupakan lanjutan kes tuntutan ke atas kontraktor kabinet dapur yang telah saya daftarkan secara online sebelum ini. Tuntutan ini saya buat untuk mendapatkan kata putus terhadap lebihan bayaran yang telah dicajkan oleh kontraktor tersebut terhadap saya sebelum ini. Malah hal tersebut hanya saya sedari apabila membuat semakan semula terhadap resit-resit pembayaran yang telah saya buat memandangkan tempoh untuk pembayaran cukai pendapatan akan bermula pada bulan Mac. Sebaik menyedari kesilapan yang berlaku, saya cuba untuk mengadakan perbincangan bersama kontraktor tersebut namun gagal menemui jalan penyelesaian malah pihak kontraktor memberi pelbagai alasan untuk ‘menghalalkan’ jumlah tersebut. Justeru saya tiada pilihan lain kecuali membawa perkara tersebut kepada pihak ketiga iaitu TTPM.

Memandangkan ini pengalaman pertama, saya ditemani PakSu tiba setengah jam lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Jangkaan saya masa yang dimaklumkan dalam surat panggilan adalah masa yang telah ditentukan untuk perbicaraan kes saya namun ternyata jangkaan saya meleset. Rupa-rupanya masa yang ditetapkan adalah merupakan masa perbicaraan kes bermula dan saya harus menunggu giliran kes dipanggil oleh Presiden iaitu hakim yang akan membuat keputusan ke atas perbicaraan kes. Kes pertama memakan masa melebihi satu jam setengah membuatkan saya semakin resah kerana perlu bergegas ke INTAN Kiara pula untuk menduduki peperiksaan. Malah saya terpaksa meminta pelepasan daripada penyelia kursus untuk menghadiri sesi pendengaran tersebut dan melewatkan waktu untuk menduduki peperiksaan.

Selesai kes pertama, giliran kes saya dipanggil namun Presiden memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan kes saya kerana pihak penentang gagal untuk hadir pada sesi tersebut. Walaupun saya kecewa dengan keputusan yang dibuat, saya terima penangguhan yang dibuat atas dasar pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Setidak-tidaknya saya dapat melihat bagaimana sesi pendengaran dan perbicaraan sekaligus keputusan dibuat oleh Presiden. Penangguhan yang dibuat akan memberi lebih ruang kepada saya untuk melengkapkan maklumat dan dokumen yang patut dibawa semasa sesi pendengaran. Pengalaman melihat bagaimana kekalutan semasa kes pertama berlangsung berikutan kedua-dua pihak gagal mengemukakan dokumen secara teratur dan lengkap. Malah tindakan mereka telah menyebabkan masa yang diambil untuk menyelesaikan tuntutan masing-masing memakan masa lebih panjang. Yang pasti, tabiat saya yang gemar untuk menyimpan setiap resit pembayaran yang telah dibuat selama ini merupakan satu tabiat yang penting dan menguntungkan diri sendiri apabila berhadapan dengan situasi begini. Setiap keputusan yang dibuat oleh Presiden hanya mengambilkira tuntutan yang disertakan dengan bukti dokumen pembayaran/pembelian sahaja.

Kes saya telah ditangguhkan kepada 16 Mac 2011 dan saya berharap agar kata putus dapat diperoleh pada tarikh tersebut.

4 comments:

kejora said...

CK...pengalaman me n my hubby,kalau 3 kali diorg tak dtg, Tribunal akan putuskan sendiri dan biasanya akan memihak kpd kita.Based on my hubby's experience dulu..

Carrie-Ma said...

kejora,

maklumat yang saya dapat pun macam tu tapi jenuh juga nak berulang-alik sampai dapat keputusan. demi hak, akan diteruskan juga.

HaNiE said...

babes, ada problem ngan kontraktor tu ke? teringat masa teman ko gi jumpe dia, hehehe sorry la komen cite dah basi....

aku pon penah ke tribunal pasal kes hp tipu tapi bila dpt surat terus company tu mintak settle luar.. oklah, aku doakan ko menang kes ni, hehehe macam kes saman juta2 pulak ^__^

Carrie-Ma said...

mar,

xpe2, ko kan antara watak dalam cerita ini yg xdisebut. hehe. kiranya ko antara saksi kejadian la huhu. yg penting lps ni ko jgn buat dgn company sengal ni.