Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Monday, February 21, 2011

Pra-Kembara ke Kota Singa - Episod 1

Bismillahirrahmanirrahim...


Dulu saya pernah mempersoalkan tindakan abah yang sering ‘mengangkut’ kami (ummi dan adik-beradik) hampir ke semua tempat yang abah kunjungi termasuk berkunjung ke rumah saudara mara yang terletak di pedalaman. Saya sering merasakan ia satu momen yang menyukarkan. Bayangkan 8 orang anak-anak termasuk abang-abang saya yang sudah meningkat remaja ‘disumbatkan’ ke dalam sebuah kereta tanpa penghawa dingin. Masing-masing berebut ingin berada di tepi tingkap untuk mendapatkan udara dan seringkali kami dimarahi abah kerana kebingitan yang timbul dari perebutan kami. Selalunya adik-adik yang masih kecil akan terpaksa beralah dengan abang-abang dengan alasan adalah bahaya anak kecil duduk di tepi pintu, bimbang jatuh tergolek. Ummi yang duduk di sebelah abah pula akan memangku 2 orang adik lelaki bongsu yang masih kecil. Apabila bertembung dengan polis pula, cepat-cepat salah seorang daripada mereka akan disorokkan di bawah ruang kaki. Begitulah keadaannya setiap kali kami ingin ke mana-mana namun abah amat jarang meninggalkan kami di rumah.

Apabila saya meningkat remaja, saya temui jawapan kepada persoalan yang pernah bermain dalam kepala saya. Kata abah,

“Abah bawa berjalan-jalan supaya kamu tahu bahawa dunia ciptaan Allah ini luas. Masih banyak perkara yang belum kita lihat.”

Jawapan yang abah berikan hanya saya telan dan simpan dalam memori fikiran sahaja. Ia tidak menjadi kudis namun kesannya kami adik-beradik gemar berkelana. Tidak betah untuk duduk diam sahaja terutama pada hujung minggu. Ada sahaja destinasi yang ingin dituju dan dinikmati pemandangannya.

Kini saya sedar, tindakan abah telah membentuk satu perspektif dan dimensi kami terhadap kehidupan ini, bahawa dunia ini cukup luas untuk diterokai. Masih banyak perkara yang boleh dipelajari dan ia tidak hanya terhad kepada ruang lingkup kehidupan seharian sahaja.

Melihat senarai kembara teman-teman pula membuat saya merasa cukup kerdil. Mereka telah jauh melangkah sementelah saya masih di sini. Masih banyak yang belum saya lihat dan lalui dalam kehidupan ini sedangkan ia satu pengalaman yang cukup berharga. Senarai kembara sedia ada perlu dipanjangkan lagi dan langkah seterusnya adalah ke bumi Singapura tetapi dengan cara yang sedikit berbeza.

Tiket pengangkutan telah berada dalam tangan. InsyaAllah, 11 Mac 2011 akan menjadi titik baru dalam senarai kembara saya. Pengalaman baru ini akan saya kongsi dari semasa ke semasa bermula dengan pemilihan pengangkutan sehingga kami kembali ke KL kelak.

Sebagai langkah awal, saya telah mula mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan yang pernah ke sana sebelum ini di samping melayari laman-laman web berkaitan. Semoga kembara kami dipermudahkan-Nya.

7 comments:

HaNiE said...

nak ikut!!!

neytazs.nad said...

ck, bape lama kat sana?
ko nak g mana...ko deal ngan hazhar...die siap buat map sendiri..:p

Carrie-Ma said...

mar,

jom2! jgn lupa kek utk aku eh. :)

Carrie-Ma said...

ayu,

hazhar siap wat map sendiri? apa mksdnya tu? aku nk gi terjah je ni, style backpacker hehe

neytazs.nad said...

ck,
hazhar g ngan wife die..
tapi die study giler2 r trip nak berjalan kat sana..siap survey bape dollar, bajet kat sana..hotel bagai..
lebih kurang cam backpacker gak r...
ko g bape lama? try r ko tanya hazhar..ke nak aku mintakkan..

mar,
aku terliur r tengok cis kek oreo yang ko buat tu..pinjam resepi leh?

Carrie-Ma said...

ayu,
apa kata ko bg no hazhar kt aku. nnti aku tnya dia. hehe. tq

neytazs.nad said...

aku dah sms ko ek..papepun, have a safe journey nanti..:p