Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, January 12, 2011

Berubah Lagi

Bismillahirrahmanirrahim...

Kehidupan ini dinamik, sentiasa berubah mengikut keadaan dan keperluan. Selepas sebulan menikmati jarak perjalanan yang dekat ke pejabat, bertolak dari rumah jam 8.00 pagi dan perjalanan hanya mengambil masa selama 20 minit. Bermula 11 Januari 2011, saya perlu merubah rutin tersebut kepada jam 7.00 pagi kerana perlu mengikuti kursus selama 6 minggu di INTAN Bukit Kiara. Kursus persediaan yang merupakan langkah pertama saya sebelum meneruskan pengajian sarjana. Jika dilihat kepada jadual yang telah diedarkan, ternyata memang agak padat juga pengisian kursus malah sarat dengan pelbagai tugasan sama ada secara individu atau kumpulan. Minggu pertama agak meletihkan kerana saya terpaksa bergegas ke Putrajaya selepas tamat kelas. Semuanya gara-gara ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan dengan segera dan segala maklumat hanya ada pada saya. Pening juga memikirkannya tetapi saya perlu menyelesaikannya supaya tidak mengganggu perjalanan kursus kelak. Saya perlu lulus kursus ini atau saya perlu mengulangnya semula dan kegagalan saya akan menghalang cita-cita saya untuk melanjutkan pelajaran.

Minggu ini juga saya perlu berkejar untuk menghabiskan kelas renang yang hanya berbaki 3 slot sahaja. Saya mengejar waktu dan ia cukup meletihkan. Apapun, saya perlu melakukannya juga. Tiada alasan untuk melarikan diri dari tanggungjawab. Saya cuma berharap dan berdoa agar diberi kesihatan yang baik agar dapat memenuhi tanggungjawab tersebut. Hujung minggu ini pula saya perlu pulang ke kampung menjenguk ibu bapa yang ditimpa kemalangan baru-baru ini. Mujurlah keduanya tidak mendapat sebarang kecederaan walaupun keadaan kenderaan agak teruk.

kereta abah selepas kemalangan
Yang pasti, hidup perlu diteruskan.

2 comments:

Irwan said...

Hi.. Boleh tahu nama penuh Kursus Q&A di INTAN Bukit Kiara? Adakah ianya berjadual mengikut tahun (i.e 2012, 2013 etc). How do I find out about the intake? Thanks, really appreciate it.

Carrie-Ma said...

Irwan,

Kursus Analisis Kuantitatif.
Boleh rujuk laman web INTAN Bukit Kiara, klik pada ikon kursus.