Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Sunday, October 24, 2010

Teratak Baru

Bismillahirrahmanirrahim...

2 tahun yang lalu, saya telah membeli sebuah rumah bandar (townhouse). Mulanya saya sendiri kurang arif tentang ciri-ciri dan bentuk townhouse tetapi apabila melihat sendiri rumah contoh, saya terus jatuh hati. Saya telah memilih unit atas kerana pencahayaan dan pengudaraan yang lebih baik berbanding unit bawah. Alhamdulillah, 18 Oktober yang lalu saya telah menerima kunci daripada pemaju. Kini tumpuan adalah untuk melengkapkan rumah tersebut. Perkara paling utama yang perlu dibuat adalah memasang grill. Boleh tahan juga harganya tetapi mujurlah saya mendapat bantuan abang ipar kepada bekas teman serumah dulu.


Lain benar perasaanya apabila menerima kunci rumah tempohari. Tidak percaya pun ada juga tetapi kepercayaan timbul apabila melihat jumlah bayaran yang perlu dibuat. :P

4 comments:

al-qamar said...

di mana tu rumahnya? :)


~moon~

Carrie-Ma said...

moon, di balakong. near tu upm. :)

mohd_hanapi said...

bila nak siap decorate umah nie....

Carrie-Ma said...

ap, insyaAllah early december dah boleh pindah masuk. :)