Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Monday, March 16, 2009

Sehari di Lanchang, Pahang

Semalam aku ada tugasan yang perlu dilaksanakan iaitu menyampaikan taklimat kepada pegawai-pegawai lantikan baru Kumpulan Satu. Kursus tersebut diadakan di Institut Biodiversiti (IBD), Lanchang, Pahang. Sebenarnya tempat ini sudah kerap kali aku kunjungi demi memenuhi tuntutan tugas dan jemputan pada kali ini memang menggembirakan aku kerana aku sendiri sudah agak lama tidak berkunjung ke situ.

Bagi yang belum pernah sampai ke sini, memang akan agak terkejut dan terpinga-pinga kerana kedudukan IBD yang agak jauh ke dalam. Perjalanan daripada Tol Gombak ke IBD dengan melalui Tol Lanchang (Tol: RM 10.80) memakan masa lebih kurang 1 jam setengah.
Alhamdulillah, aku bertolak daripada rumah adik aku di Sentul pada jam 9.00 pagi dan tiba di IBD jam 10.30 pagi. Memandangkan slot taklimat aku akan tamat pada jam 4.30 petang, perjalanan aku pada kali ini ditemani oleh adik bongsuku, Shahrul Amin atau aku lebih selesa memanggilnya Adik.

Kebetulan pula rakanku Raja Nosyita turut hadir bersama keluarga untuk memenuhi slot jam 8.30 - 10.30 pagi. Aku seronok kerana berpeluang bermain-main dengan anaknya, Danish yang sememangnya mudah mesra dan tidak takut dengan aku. Bukan apa, aku pernah berdepan dengan kanak-kanak yang langsung tidak boleh disentuh. Apatah lagi mendukung dan mencium. Memandang sahaja sudah cukup untuk membuatkan kanak-kanak itu menangis. Huhu...Berlainan dengan Danish, mudah mesra. Malah Adik pun suka mendukung Danish. Tambah pula, Adik yang digelar Pak Su, memang digemari oleh anak-anak saudaraku sendiri untuk dijadikan mangsa buli. Hahahaha...

Setiba di IBD, kami terus minum pagi di kantin berdekatan. Antara tarikan utama tiap kali aku berkunjung ke sini sudah tentulah kehebatan, kelazatan dan kesedapan air tangan masakan Abang Fendi. Jadi aku sengaja merancang kedatangan kali ini supaya sempat tiba pada waktu minum pagi. Hehehe...

Jam 11.00 pagi, aku ke dewan taklimat menjalankan tanggungjawab sebenar kunjungan aku ke IBD manakala Adik berehat di bilik yang disediakan. Mulanya aku berdebar-debar juga memandangkan kumpulan pada kali ini adalah kalangan pegawai. Kebiasaannya soalan-soalan yang dikemukakan lebih mencabar dan kritikal. Pun begitu, setelah berpuluh-puluh kali menyampaikan ceramah, Alhamdulillah keyakinan untuk berhadapan dengan situasi-situasi sebegitu sudah mampu aku hadapi dengan baik. Berbanding kali pertama aku diarahkan untuk menyampaikan ceramah, aku masih ingat lagi betapa gelabah dan cemasnya aku kerana merasakan belum cukup bersedia untuk menggalas tugasan tersebut. Tetapi benarlah kata orang, manusia jika berada dalam keadaan terdesak akan mampu menonjolkan potensi dirinya yang sebenar. TUHAN MENCIPTA KACANG TETAPI TUHAN TIDAK MENGOPEKNYA...

Aku juga bersyukur kerana respon yang diterima daripada para peserta pada kali ini agak baik dan kerjasama yang diberikan amat memuaskan hati. Ini membuatkan kepenatan aku datang ke IBD hilang dan terubat dengan air muka penuh kesungguhan yang mereka tonjolkan. Teringat aku kepada tugasan yang sama tetapi di tempat yang berbeza kira-kira 2 minggu yang lalu. Aku balik dengan hati yang sedih, berbuku kekesalan dan penuh ketidakpuasan hati. Alhamdulillah kekecewaan itu terubat pada kali ini dan aku anggap itu semua satu proses pembelajaran dan pengajaran kepada diriku sendiri yang masih serba kekurangan ini.

"Nama penuh saya ialah Karimah @ Aminah bt Abdullah @ Abu Bakar.
Kenapa ada 2 @, biarlah rahsia."
Trademark pengenalan kegemaran saya...:)
Seorang peserta memberikan kerjasama apabila soalan dikemukakan...
Entah apa yang difikirkan tu ye? Bilalah kursus ni nak habis?...

Khusyuk...


Oleh kerana aku perlu menyampaikan taklimat bagi slot jam 2.30 - 4.30 petang, Adik turut ikut serta Syita dan Keluarga melawat ke Pusat Santuari Gajah di Kuala Gandah. Perjalanan daripada IBD ke Kuala Gandah memakan masa kurang daripada 30 minit sahaja. Adik begitu teruja kerana ini merupakan pengalaman dia yang pertama menaiki gajah sedangkan aku sendiri sudah beberapa kali menaikinya. Aku dimaklumkan beberapa perubahan dan penambahbaikan telah dibuat di tempat tersebut jika dibandingkan dengan kali terakhir aku ke situ. InsyaAllah sekiranya berpeluang, aku sememangnya bercadang membawa ahli keluargaku sekali lagi ke situ. Gambar-gambar Adik di Pusat Santuari Gajah tersebut masih berada dalam simpanan Kayril (suami Syita, papa Danish) dan insyaAllah akan dipaparkan sebaik diterima daripada mereka. Kepada Syita, Kayril dan Danish, terima kasih sudah menumpangkan Adik sewaktu kakaknya sibuk berceloteh...:)

Bersama Syita dan Danish...

Danish yang sporting dengan Adik

Selesai minum petang, kami bertolak pulang lebih kurang jam 5.30 petang. Oh ya, menu minum petang, roti jala dan kuah sardin yang sememangnya lazat sempat juga kami tapau daripada Abang Fendi. Hahaha...Apapun, Lanchang sentiasa dekat di hati....panjang umur, murah rezeki pasti aku akan hadir lagi ke situ...

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
macam bez je tmpat tuh..puan, puan tahu ke ttg hrga pginapan skali dgn pginapannya di sna?? sya berminat =)

(2009 post neh..2012 bru sye baca) hehe

sara, UMP gambang

Carrie-Ma said...

Waalaikumussalam,

Sara,

untuk harga pakej, boleh berhubung terus dgn pihak pengurusan di situ. nombornya boleh didapati daripada laman web mereka.

eira mieyra said...

assalamualaikum, boleh tumpang tanya, insitut ni ada sediakan latihan industri tak ?

eira mieyra said...

assalamualaikum, boleh tumpang tanya, insitut ni ada sediakan latihan industri tak ?

eira mieyra said...

assalamualaikum, boleh tumpang tanya, insitut ni ada sediakan latihan industri tak ?

eira mieyra said...

assalamualaikum, boleh tumpang tanya, insitut ni ada sediakan latihan industri tak ?