Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Monday, March 30, 2009

From Taiping With Luv

Bismillahirrahmanirrahim...

Hujung minggu aku pada kali ini dihabiskan di Taiping (Tepeng kata hosmetku). Tujuan sebenar ke sana adalah untuk menghadiri dan meraikan majlis perkahwinan rakan sepejabatku, Shukri di Batu Kurau. Alang-alang ke sana kami merancang untuk bermalam di Bukit Merah. Kembara pada kali ini sepatutnya disertai oleh 3 buah kereta tetapi di saat-saat akhir ramai yang menarik diri. Maka perjalanan diteruskan dengan 2 buah kereta sahaja. Untuk kembara ini, aku meminjam kereta Suzuki SX4 Crossover milik adikku demi keselesaan bersama. Sebuah lagi kereta adalah kepunyaan En. Khairul dan keluarga.
Perjalanan bermula dari destinasi yang berbeza dan kami berjanji untuk berkumpul di R&R Tapah. Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan tiba di R&R Tapah lebih kurang jam 10.30 pagi. Seusai minum pagi, kami meneruskan perjalanan ke Batu Kurau. Cuaca cerah sehingga kami tiba ke destinasi dituju. Ketibaan kami boleh dikatakan agak awal dan berkebetulan pengantin perempuan hampir tiba di rumah pengantin lelaki. Mujurlah jemputan masih belum terlalu ramai dan kami makan dengan selesa.

Lebih kurang jam 1.30 petang, perjalanan diteruskan ke Bukit Merah melalui jalan biasa. Agak mencabar juga keadaan jalan malah terasa agak jauh untuk sampai ke destinasi sebenar berbanding melalui lebuh raya.
Akhirnya kami tiba di Bukit Merah pada jam 3.30 petang dan terus memasuki banglo yang sudah sedia ditempah oleh En. K lebih awal. Keadaan banglo memang amat memuaskan hati dan berpadanan dengan kadar sewa yang dikenakan. Paling menarik, banglo yang mengandungi 3 bilik tersebut turut dilengkapi dengan kolam renang.

Masa yang terluang kami isi dengan meninjau keadaan banglo dan membersihkan diri sebelum meneruskan aktiviti kami untuk melawat ke Night Safari (Zoo Malam) Taiping. Oleh kerana perut kami sudah berkeroncong minta diisi, kami singgah di salah sebuah restoran di Kamunting. Restoran Kamunting Timur sememangnya mendapat pujian kami baik dari segi rasa dan persembahan makanan. Memang memuaskan hati dan berbaloi untuk makan di situ. AKu pula teringin untuk makan makanan laut dan telah menempah Siakap masak stim, sotong celup tepung dan kerabu mangga. Memang menyelerakan. Alhamdulilah. Tidak mustahil aku akan ke restoran yang sama sekiranya berpeluang ke situ lagi pada masa akan datang.

Siakap segar

Siakap masak stim...menyelerakan, cukup rasa

Kerabu mangga

Sotong celup tepung
Selesai makan malam, kami terus menuju je Night Safari Taiping untuk mengalami sendiri pengalaman melawat zoo pada waktu malam. Ini sebenarnya merupakan kunjungan kali kedua aku ke Zoo Taiping. Kali pertama aku ke sini adalah pada tahun 1998 atas ajakan seorang kawan yang berasal dari Taiping. Oleh kerana cuaca agak gelap dan penggunaan kamera dengan flash sememangnya dilarang semasa berada di dalam zoo malam, tiada gambar-gambar menarik yang boleh dipaparkan. Pada aku, Zoo Taiping sememangnya lebih menarik untuk dilawati berbanding zoo-zoo lain yang pernah aku lawati sebelum ini. Walau bagaimanapun, kunjungan kami pada malam itu agak kurang bernasib baik kerana hujan telah turun dengan lebatnya menyebabkan kami hanya menikmati pemandangan dengan menaiki tram yang disediakan sahaja. Rasanya tidak berbaloi pula dengan kadar bayaran masuk sebanyak RM16.00 yang dikenakan. Huhu...Jauh di sudut hati, aku ingin kembali semula ke Zoo Taiping tetapi pada waktu siang.
Justify Full
Keesokkan paginya, selesai mengalas perut dengan roti dan minuman, kami bergerak ke kawasan Taman Tema untuk aktiviti seterusnya. Entah kenapa pagi itu aku teringin benar untuk makan ABC. Maka aku telah menempah ABC di salah sebuah warung yang tersedia.
Atas faktor masa, kami memilih untuk menaiki Chairlift (Kerusi Gantung) dengan kadar bayaran RM5.00 seorang. Sungguh seronok rasanya dapat melihat keseluruhan taman air yang disediakan. Geram pun ada juga kerana tidak berpeluang untuk bermain permainan air yang disediakan. Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa aku berhasrat untuk kembali lagi ke sini.
Kami seterusnya mengunjungi Pulau Orang Utan dengan menaiki bot pada kadar RM18.00 seorang, satu kadar yang aku rasakan terlalu mahal jika dibandingkan dengan perkhidmatan yang diberikan.
Pilih harga...

Pintu masuk Taman Teman

ABC idaman...nyam2

Roti canai

Chairlift...

Geram je tengok

Geram lagi

Bestnya...

Dengan Ila, my fren

Jadual perjalanan bot ke Pulau Orang Utan

Dengan Mizi

Selamat datang ke Pulau Orang Utan
Sijil kelahiran Orang Utan



Baby Orang Utan...so cute

Minum susu...

Adam...



Inilah banglo kami

Selamat jalan Bukit Merah

Perjalanan pulang kami tidak lancar berikutan keadaan hujan yang lebat dan kesesakan kerana proses penamaan calon di kawasan Bukit Gantang. Malah kami terpaksa menunda hasrat untuk makan mee banjir udang kerana kesesakan tersebut. Akhirnya, kami keluar melalui Sungkai dan tiba di KL lebih kurang jam 10.00 malam. Sesungguhnya safar kali ini memberi 1000 satu pengertian buat diriku dalam mengenali erti sebuah persahabatan...

Saturday, March 28, 2009

Syukur...

Sudah agak lama juga aku tidak mengemaskini blog. Alasan? Serius, 2,3 minggu kebelakangan ini benar-benar menguji daya ketahanan mental aku. Pelbagai perkara, baik peribadi atau pun kerja, yang perlu aku selesaikan dengan segera. Meskipun aku akui memang memenatkan mental dan fizikal, aku gagahkan juga kerana mengenangkan semakin aku bertangguh, semakin akan menyukarkan diri sendiri.

Berkat kesungguhan aku itu, akhirnya:
  1. Urusan untuk permohonan visa umrah telah berjaya diselesaikan. Lapang sungguh rasa kepala aku apabila berjaya mendapatkan suntikan meningitis selepas berusaha untuk mendapatkannya daripada beberapa tempat lain tetapi gagal. Alhamdulillah, akhirnya aku dan adik-adik berjaya mendapatkannya di Hospital Kuala Lumpur dengan kadar bayaran RM3.00 sahaja.
  2. Aku berjaya menyelesaikan urusan pertukaran nombor pendaftaran kenderaan baru tanpa dikenakan jumlah yang besar seperti dikehendaki oleh agen jualan kereta. Apakah yang aku maksudkan dengan kenderaan baru dan nombor pendaftaran apakah yang bertukar akan diketahui dalam sedikit masa lagi. Hehe...
  3. Aku telah berjaya mendapatkan tempat bagi program yang akan diadakan pada pertengahan bulan April nanti. Mulanya aku memang agak bimbang gagal mendapatkan tempat tersebut tetapi Alhamdulillah berkat hubungan baik yang aku miliki bersama kakitangan di situ, urusan tempat berjaya dibuat. Kini aku boleh tidur lena kerana perkara-perkara besar yang perlu diuruskan sudah terlaksana.
Benarlah pesan orang-orang tua, usaha tangga kejayaan, sabar buahnya kegembiraan...

Thursday, March 19, 2009

2 kegembiraan...

Kegembiraan 1: Alhamdulillah, dalam kesibukan menjalankan tugasan pada hari ini, aku sempat mencuri masa untuk mengambil paspot yang telah aku hantar untuk diproses sejak semalam. Walaupun timbul kejadian yang kurang menyenangkan sewaktu proses penghantaran borang semalam, aku mengambil pendekatan bahawa kejadian itu merupakan salah satu ujian dalam memenuhi impian kedua ibu bapaku. Sebenarnya aku sekeluarga (kedua ibu bapaku dan 3 orang adik-adikku) bercadang untuk menunaikan umrah pada tahun ini. Malah kami sudah menempah pakej umrah pada cuti persekolahan pertengahan tahun ini. Semoga dipermudahkan perjalanan kami yang merupakan pengalaman pertama menuju ke rumahNya.
Sememangnya menjadi hasrat ayahku untuk membawa seluruh ahli keluarga menunaikan umrah tetapi atas faktor tertentu, tidak semua adik beradikku dapat turut serta dalam kunjungan pada kali ini. Doaku semoga kunjungan ini menjadi titik tolak kepada kunjungan-kunjungan kami yang lain pada masa akan datang, insyaAllah.

Kegembiraan 2: Dalam perjalanan pulang tadi, aku terkejut besar apabila tiba-tiba di hadapan aku ada belon besar yang bergerak dan terapung-apung. Aku segera memperlahankan keretaku dan mencapai telefon untuk menangkap gambar belon tersebut. Sungguh menakjubkan apabila melihat belon panas yang selama ini hanya ditonton di kaca televisyen berada betul-betul di hadapan mataku. Sudah lama aku terbaca iklan tentang festival belon panas yang akan di Putrajaya tetapi aku hampir terlupa sehinggalah semalam aku berdepan dengan kesesakan sewaktu dalam perjalanan menuju ke Presint 8.



InsyaAllah sekiranya berkesempatan aku bercadang untuk meluangkan masa pada hujung minggu ini mengunjungi festival tersebut walaupun aku dapat membayangkan ramai lagi insan-insan di luar sana yang turut mempunyai hasrat yang sama dengan aku. Logiknya, festival tersebut diadakan untuk tontonan ramai. Sudah pastilah berbondong-bondong manusia yang akan datang ke festival itu nanti. Redah saja lah...


Monday, March 16, 2009

Sehari di Lanchang, Pahang

Semalam aku ada tugasan yang perlu dilaksanakan iaitu menyampaikan taklimat kepada pegawai-pegawai lantikan baru Kumpulan Satu. Kursus tersebut diadakan di Institut Biodiversiti (IBD), Lanchang, Pahang. Sebenarnya tempat ini sudah kerap kali aku kunjungi demi memenuhi tuntutan tugas dan jemputan pada kali ini memang menggembirakan aku kerana aku sendiri sudah agak lama tidak berkunjung ke situ.

Bagi yang belum pernah sampai ke sini, memang akan agak terkejut dan terpinga-pinga kerana kedudukan IBD yang agak jauh ke dalam. Perjalanan daripada Tol Gombak ke IBD dengan melalui Tol Lanchang (Tol: RM 10.80) memakan masa lebih kurang 1 jam setengah.
Alhamdulillah, aku bertolak daripada rumah adik aku di Sentul pada jam 9.00 pagi dan tiba di IBD jam 10.30 pagi. Memandangkan slot taklimat aku akan tamat pada jam 4.30 petang, perjalanan aku pada kali ini ditemani oleh adik bongsuku, Shahrul Amin atau aku lebih selesa memanggilnya Adik.

Kebetulan pula rakanku Raja Nosyita turut hadir bersama keluarga untuk memenuhi slot jam 8.30 - 10.30 pagi. Aku seronok kerana berpeluang bermain-main dengan anaknya, Danish yang sememangnya mudah mesra dan tidak takut dengan aku. Bukan apa, aku pernah berdepan dengan kanak-kanak yang langsung tidak boleh disentuh. Apatah lagi mendukung dan mencium. Memandang sahaja sudah cukup untuk membuatkan kanak-kanak itu menangis. Huhu...Berlainan dengan Danish, mudah mesra. Malah Adik pun suka mendukung Danish. Tambah pula, Adik yang digelar Pak Su, memang digemari oleh anak-anak saudaraku sendiri untuk dijadikan mangsa buli. Hahahaha...

Setiba di IBD, kami terus minum pagi di kantin berdekatan. Antara tarikan utama tiap kali aku berkunjung ke sini sudah tentulah kehebatan, kelazatan dan kesedapan air tangan masakan Abang Fendi. Jadi aku sengaja merancang kedatangan kali ini supaya sempat tiba pada waktu minum pagi. Hehehe...

Jam 11.00 pagi, aku ke dewan taklimat menjalankan tanggungjawab sebenar kunjungan aku ke IBD manakala Adik berehat di bilik yang disediakan. Mulanya aku berdebar-debar juga memandangkan kumpulan pada kali ini adalah kalangan pegawai. Kebiasaannya soalan-soalan yang dikemukakan lebih mencabar dan kritikal. Pun begitu, setelah berpuluh-puluh kali menyampaikan ceramah, Alhamdulillah keyakinan untuk berhadapan dengan situasi-situasi sebegitu sudah mampu aku hadapi dengan baik. Berbanding kali pertama aku diarahkan untuk menyampaikan ceramah, aku masih ingat lagi betapa gelabah dan cemasnya aku kerana merasakan belum cukup bersedia untuk menggalas tugasan tersebut. Tetapi benarlah kata orang, manusia jika berada dalam keadaan terdesak akan mampu menonjolkan potensi dirinya yang sebenar. TUHAN MENCIPTA KACANG TETAPI TUHAN TIDAK MENGOPEKNYA...

Aku juga bersyukur kerana respon yang diterima daripada para peserta pada kali ini agak baik dan kerjasama yang diberikan amat memuaskan hati. Ini membuatkan kepenatan aku datang ke IBD hilang dan terubat dengan air muka penuh kesungguhan yang mereka tonjolkan. Teringat aku kepada tugasan yang sama tetapi di tempat yang berbeza kira-kira 2 minggu yang lalu. Aku balik dengan hati yang sedih, berbuku kekesalan dan penuh ketidakpuasan hati. Alhamdulillah kekecewaan itu terubat pada kali ini dan aku anggap itu semua satu proses pembelajaran dan pengajaran kepada diriku sendiri yang masih serba kekurangan ini.

"Nama penuh saya ialah Karimah @ Aminah bt Abdullah @ Abu Bakar.
Kenapa ada 2 @, biarlah rahsia."
Trademark pengenalan kegemaran saya...:)
Seorang peserta memberikan kerjasama apabila soalan dikemukakan...
Entah apa yang difikirkan tu ye? Bilalah kursus ni nak habis?...

Khusyuk...


Oleh kerana aku perlu menyampaikan taklimat bagi slot jam 2.30 - 4.30 petang, Adik turut ikut serta Syita dan Keluarga melawat ke Pusat Santuari Gajah di Kuala Gandah. Perjalanan daripada IBD ke Kuala Gandah memakan masa kurang daripada 30 minit sahaja. Adik begitu teruja kerana ini merupakan pengalaman dia yang pertama menaiki gajah sedangkan aku sendiri sudah beberapa kali menaikinya. Aku dimaklumkan beberapa perubahan dan penambahbaikan telah dibuat di tempat tersebut jika dibandingkan dengan kali terakhir aku ke situ. InsyaAllah sekiranya berpeluang, aku sememangnya bercadang membawa ahli keluargaku sekali lagi ke situ. Gambar-gambar Adik di Pusat Santuari Gajah tersebut masih berada dalam simpanan Kayril (suami Syita, papa Danish) dan insyaAllah akan dipaparkan sebaik diterima daripada mereka. Kepada Syita, Kayril dan Danish, terima kasih sudah menumpangkan Adik sewaktu kakaknya sibuk berceloteh...:)

Bersama Syita dan Danish...

Danish yang sporting dengan Adik

Selesai minum petang, kami bertolak pulang lebih kurang jam 5.30 petang. Oh ya, menu minum petang, roti jala dan kuah sardin yang sememangnya lazat sempat juga kami tapau daripada Abang Fendi. Hahaha...Apapun, Lanchang sentiasa dekat di hati....panjang umur, murah rezeki pasti aku akan hadir lagi ke situ...

Wednesday, March 4, 2009

Pindah Tempat...

Bismillahirrahmanirrahim...
2,3 hari ni sibuk berkemas je. Sebab? Aku diarahkan pindah tempat. Ibarat macam dari Utara ke Selatan keadaannya. Pusing 180 darjah. Macam-macam berubah. Pejabat aku baru diubahsuai sebab ada pertambahan kakitangan. Maka aku pun turut terkena tempiasnya. Sebagai seorang yang menurut perintah, aku ikut je la. Bukan harta persendirian kalau aku nak pertahankan pun. Dunia ni pun sementara je. Asalkan ada tempat untuk buat kerja dengan selesa pun aku dah cukup bersyukur. Barang-barang aku melaut banyak. Nasib baik budak-budak pejabat ringan tulang membantu. Kalau tak, jenuh juga lah aku. Huhu...

Pemandangan pun dah berubah. Dulu mengadap Mahkamah Keadilan dan jalan raya. Sekarang tengok bangunan je la.





Tuesday, March 3, 2009

Graduasi...

Tengah hari tadi aku dan kawan-kawan sepejabat berkesempatan ke PICC untuk meraikan hari Graduasi teman-teman seperjuangan. Terimbau hari Graduasi sendiri yang penuh dengan cerita tersendiri yang akan aku kenang selagi hayat dikandung badan...



3 tahun yang lalu...


Sunday, March 1, 2009

Sepetang di Bagan Lalang, Sepang

Bismillahirrahmanirrahim...


28 Februari 2009. Dengan menaiki Suzuki SX4 baru milik adik lelakiku, aku meluncur laju dengan ditemani adik perempuanku menuju ke Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang. Tugasan sebenar aku adalah untuk menyampaikan ceramah kepada peserta Kursus Induksi Umum pada 1 Mac 2009, tapi bak pesan orang-orang tua kan,'sambil menyelam sambil minum air'. Jadi aku ambil kesempatan berkunjung ke Bagan Lalang untuk menikmati kelazatan dan kesegaran makanan laut yang tersedia di deretan kedai makan sepanjang tepian pantai.

Kebetulan rakan sepejabatku, Syita turut sama menerima tugasan yang sama seperti aku hadir bersama anak kesayangan, Megat 'Ilman Danish, ibu dan kakaknya. Sempat jugalah bermain-main dengan Danish yang comel itu. Tambahan pula, Danish jenis tak takut dengan orang luar macam aku ni. Maklumlah, kali terakhir aku jumpa Danish adalah masa kelahiran dulu. Berapa bulan dah tak ingat...Huhu

Malam tu lepas menyegarkan diri, kami berkonvoi menuju ke salah sebuah restoran yang dicadangkan oleh pihak hotel sendiri. Memang berbaloi dan puas hati dengan harga serta layanan yang diberikan. Walaupun suasana agak padat dengan pelanggan tetapi kecekapan pemilik restoran melancarkan sesi tempahan. Malah kami amat kagum dengan kepekaan pelayan-pelayan di situ mengingati jenis pesanan dan kedudukan meja kami tanpa perlu kami sebut banyak kali. Layak dapat markah penuh...





Adik perempuanku dan hasil tangkapannya...

Danish yang comel...

Dua-dua comel...:)

Siakap masak stim...nyam2

Lala masak pedas...jilat jari!

Sotong bakar...meleleh weh!


Yang pasti, aku akan hadir lagi pada masa akan datang untuk menikmati hidangan segar makanan laut dan mungkin ke restoran yang sama.

Aku memang puji kecekapan para pelayan di situ kerana pada aku, itulah antara salah satu faktor penentu kepuasan pelanggan. Sebagai pelanggan, sudah tentulah mengharapkan layanan yang diterima adalah setimpal dengan bayaran yang dibuat.

Berdasarkan pengamatan sendiri, kegagalan melayan pelanggan dengan baik adalah faktor utama kegagalan sesuatu perniagaan. Benarlah kata orang, pelanggan adalah raja. Lebih-lebih lagi dalam industri pemakanan. Persaingan memang sengit. Malah aku sendiri sering memutuskan untuk tidak membuat kunjungan ulangan ke gerai/kedai makan/restoran yang tidak memberi layanan yang sepatutnya kepada diriku. Minta maaflah, itu merupakan kunjungan yang pertama dan terakhirlah nampak gayanya.