Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, December 31, 2008

Layan Blues...

Tiba-tiba je aku rasa macam nak layan blues. Nak buat kerja macam 50-50. Apa tidaknya, asyik cuti je. Esok cuti lagi. Baru nak panaskan enjin, dah kena off balik. Payah-payah...arghhhh!

Semalam pun aku rasa macam malas yang amat untuk masuk ofis sebab tiba dari kampung agak lewat. Pukul berapa? 1 pagi wehhh 1 pagi tau. Aduhai penatnya.

Masa di kampung pula, aktiviti aku agak memenatkan kerana melayani kerenah anak-anak buahku yang pulang bercuti ke kampung. Jenuh jugalah merangka aktiviti untuk diaorang ni. Kalau tak dilayan karang, aku juga yang pening. Akhirnya aku bawa diaorang ke Tasik Kenyir.

Nak dijadikan cerita, kami pulang ke kampung pada 26 Disember 2008. Jadi kami merancang untuk ke Tasik Kenyir pada keesokkan harinya. Malangnya, kami hanya mampu merancang, Dia jua yang menentukan. Kereta yang kami naiki menghadapi kerosakan dan perancangan kami tergendala. Budak-budak tu apa lagi, bisinglah kebosanan. Memang kami ditakdirkan untuk tidak pergi ke Tasik Kenyir pada hari itu kerana urusan untuk membaiki kerosakan kereta tersebut berlarutan sehingga ke malam. Malah kereta tersebut terpaksa dibawa ke bengkel dengan menaiki trak tunda.

Kebosanan menanti bantuan datang...

Bosan lagi...hahaha


Mengerumuni kereta yang rosak...

Saat-saat ditarik ke trak tunda...

Walau bagaimanapun, aku cuba untuk menunaikan janji kepada mereka pada keesokkan harinya iaitu hari Ahad. Alhamdulillah kami berjaya tiba ke Tasik Kenyir dengan menaiki 2 buah kereta dengan perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam. Aku sendiri sebenarnya sudah agak lama tidak menjejakkan kaki ke Tasik Kenyir. Malah aku sendiri pun sudah lupa bila kali terakhir aku menjejakkan kaki di situ. 10 tahun mungkin, entahlah aku tidak pasti. Yang pasti memang sudah lama.

Ternyata Tasik Kenyir sudah jauh berubah berbanding kali terakhir aku datang ke situ. Sudah banyak kemudahan yang disediakan untuk keselesaan para pengunjung. Sedikit sebanyak aku merasa bangga dengan tanah air sendiri. Kelihatan beberapa orang pelancong turut sama menikmati keindahan Tasik Kenyir dan meneroka khazanah alam yang tersembunyi di dalamnya. Oleh kerana aku pergi dengan keluarga dan kanak-kanak, kami memilih untuk menaiki bot ke beberapa destinasi yang berdekatan. Sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM180 bagi 3 destinasi. Oleh kerana kami tidak sempat untuk membuat tinjauan harga, kami terus menempah bot dengan orang pertama yang menghampiri kami. Destinasi kami yang pertama adalah Taman Herba.

Little Akif and Adam... orang yang paling seronok naik bot

Me wif Adam...

Di Taman herba, kami berpeluang melihat kepelbagaian pokok herba yang ada di situ malah kami turut berpeluang merasa keaslian rasa air akar kayu Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. kekadang kerdil rasa diri ini kerana kurang arif tentang alam ciptaanNya. Sesungguhnya benarlah kata-kataNya dalam kalam suci yang bermaksud bahawa tidak sia-sia segalan ciptaanNya di muka bumi ini. Bagi yang berfikir dan merenung akan menemui hakikat sebenar penciptaanNya, bahawa segala apa jua yang ada di muka bumiNya ini adalah untuk manfaat makhlukNya jua.

Rupa-rupanya inilah asal nama tempat Jerangau...

Sesungguhnya tiada satu pun ciptaanNya yang sia-sia

Sewaktu di Taman Herba, kami dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas bahawa rakyat Terengganu adalah pengunjung yang paling kecil jumlahnya berkunjung ke situ. Malu pula rasanya. Mujurlah dengan kunjungan itu, kami tidak lagi tergolong dalam golongan itu. :)

Destinasi kedua kami adalah Air Terjun Sauk. Ini merupakan air terjun yang terdekat yang boleh kami kunjungi berikutan kekangan masa yang kami hadapi. Budak-budak tu pun memang sudah tidak sabar lagi untuk mandi-manda di situ. Di situ juga, kami mengambil peluang untuk makan tengah hari. Seronok pula makan di tepi air terjun sambil dikelilingi oleh alam semulajadi.

Oleh kerana keadaan cuaca dan masa yang tidak mengizinkan, kami hanya sempat meluangkan masa kira-kira 1 jam lebih sahaja di situ dan dengan berat hati kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu Pusat Ternakan Ikan Kelah.

Main cak-cak la plak...

Me wif the kids...4A (Athirah, Akid, Akif, Adam)

Selepas meluangkan masa hampir setengah jam di situ, kami kembali ke jeti untuk membersihkan diri sebelum bertolak pulang. Mujurlah kami sempat tiba di jeti kerana tidak lama selepas itu, hujan turun dengan lebatnya. Meskipun begitu, semasa dalam perjalanan pulang ke jeti, kami sebenarnya berdepan dengan saat-saat yang mencemaskan di mana bot yang kami naiki telah melanggar sebuah kayak yang dinaiki oleh 2 orang pelancong. Kami sungguh terkejut dengan kejadian tersebut dan amat kecewa dengan tindakan pemandu bot tersebut yang hanya meninggalkan pelancong tersebut terkapai-kapai tanpa bantuan. Mujurlah bot yang berada di belakang kami membantu pelancong tersebut. Aku tidak dapat membayangkan apa yang bakal berlaku seandainya berlaku kemalangan yang lebih serius kepada pelancong tersebut. Ini sudah pasti akan memburukkan nama Tasik Kenyir dan seterusnya Malaysia di mata para pelancong luar.

Posing sebelum meninggalkan Tasik Kenyir...

Selesai membersihkan diri, lebih kurang jam 5.30 petang, kami bertolak pulang dan sempat singgah sebentar di sebuah masjid untuk menunaikan solat. Kami tiba di rumah lebih kurang jam 11.00 malam kerana kami singgah di Bandar Kuala Terengganu terlebih dahulu. Yang pasti, kunjunganku ke Tasik Kenyir pada kali ini bukanlah yang terakhir. Aku pasti akan hadir lagi jika panjang umur dan diizinkanNya...

Sebelum bertolak balik ke KL pada hari Isnin, kami sempat menyambut ulangtahun kelahiran adik aku yang bongsu (Pak Su) yang ke-22. Kebetulan tarikh lahir Pak Su jatuh betul-betul pada 1 Muharram 1430H. Sungguh pantas masa berlalu. Adik yang selalu aku dukung dan kendong, dicium dan dibelai, kini sudah membesar menjadi lelaki dewasa meskipun kemanjaannya masih berkekalan. Kudoakan semoga kau wahai adikku, senantiasa berada dalam kerahmatan dan LindunganNya jua. Semoga kegembiraan senantiasa menyelubungi hidupmu dan dijauhkan daripada kesedihan.

Pak Su wif the kids (4A)

Hari ini, meskipun kepenatan masih menyelubungi diriku, aku puas kerana kepenatan ini berbaloi rasanya. Kepenatan yang dialami tidak dapat diukur dengan kegembiraan meluang dan menghabiskan masa bersama keluarga. Sepi dan kosong hidupku ini tanpa kalian...Semoga ikatan ukhuwwah antara kita senantiasa diselubungi mawaddah dan rahmah Ilahi jua...Aamiin...

Wednesday, December 24, 2008

2008 bakal melabuhkan diri...

Benarlah peringatan yang telah disampaikan kepada kita semua bahawa sesungguhnya masa itu umpama pedang. Seandainya kita tidak memotong masa, maka masa akan memotong kita. Pejam celik, sedar tak sedar, 2008 bakal melabuhkan tirainya dan 2009 akan memunculkan diri. Setahun akan berlalu. Seperti biasa, apabila tiba tahun baru, kita semua akan sibuk berbicara tentang azam baru. Inilah masa untuk bermuhasabah sama ada azam tahun 2008 telah berjaya dipenuhi. Kalau di pejabat, masa inilah semua sibuk nak menyiapkan Pencapaian Ramcangan Kerja Tahunan masing-masing. Apakah azam aku pada tahun hadapan? Hmmm...

Hari ini aku terpaksa memontengkan diri atau lebih tepat lagi mengambil cuti kecemasan berikutan masalah kesihatan yang dihadapi. Jam 6.00 pagi aku diserang sakit perut yang sangat dahsyat sehingga memaksa aku ke tandas berulang kali. Rasanya aku tidak pernah mengalami sakit yang sebegini sebelum ini. Sungguh seksa rasanya malah aku hampir-hampir menitiskan air mata kesakitan. Badan aku menggigil kesejukan. Kipas aku matikan supaya badan aku berpeluh. Mulanya aku sangkakan kesakitan itu bakal reda dalam jangka masa yang singkat dan aku boleh bersiap untuk ke pejabat walaupun agak terlewat. Malangnya kesakitan itu berterusan sehingga jam 9.00 pagi. Hanya Allah yang tahu betapa menderitanya aku saat itu. Kebetulan pula aku hanya bersendirian di rumah kerana teman-teman serumahku pulang ke kampung masing-masing.

Aku cuba sedaya upaya menahan kesakitan itu dan saat itu aku merasakan bahawa kesakitan yang kuterima mungkin sebahagian daripada balasan atas dosa-dosa yang pernah aku lakukan. Aku redha seandainya kesakitan yang perlu aku tanggung mampu menghapuskan tompok-tompok hitam di hatiku. Sungguh berat dan tidak tertanggung rasanya kesakitan yang aku alami tadi. Sehingga jam 10.00 pagi, barulah kesakitan itu mereda dan badan aku mula mengeluarkan peluh. Selalunya apabila badan aku sudah mula mengeluarkan peluh, itu tandanya sistem badan aku sudah kembali normal. Malah aku turut merasakan kesakitan yang dialami semakin berkurangan. Tanpa aku sedari, aku terlelap dan tersedar lebih kurang jam 1.00 petang. MasyaAllah! Kesakitan tersebut masih aku rasai tetapi tidak seperti awal tadi dan masih mampu aku tanggung. Aku berbaring lagi buat seketika untuk memastikan bahawa aku sudah betul-betul pulih dan mampu melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

Alhamdulillah aku berjaya bangun dan membersihkan diri. Saat itu juga kesepian mula mencengkam diriku. Entah kenapa aku berasa sayu seandainya ditakdirkan aku kembali kepadaNya tadi keseorangan. Siapakah yang akan mengetahui seandainya itu benar-benar berlaku? Hatiku sebak seketika lalu aku insaf bahawa sesungguhnya dalam hidup ini tiada apa yang perlu dibanggakan kerana sesungguhnya semua yang aku miliki ini tiada satu pun walau sebesar zarah adalah milikNya jua. Akulah peminjam yang kadang-kadang teralpa untuk mengingati Peminjamnya. Akulah insan yang kadang-kadang merasa angkuh dan bongkak dengan harta dunia walhal semua adalah milikNya jua. Ampunkan aku Ya Allah hambaMu yang sangat lemah dan hina...

Semoga kemunculan awal Muharram dan 2009 akan lebih menyedarkan diri ini agar sentiasa mengingatiMu Ya Allah...Aamiin...

Monday, December 22, 2008

Syukur...

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur dengan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal saleh yang Engkau redai dan masukkanlah aku (dengan limpah rahmat-Mu) dalam kumpulan hamba-hambaMu yang saleh."
(Surah Al-Naml:19)

Hari Ini...

Hari ini aku kembali ke pejabat seperti biasa. Walaupun pagi ini aku agak kepenatan sebenarnya tapi aku gagahkan juga diri memandangkan aku sudah bercuti pada minggu lepas selama 4 hari. Bila diimbas kembali kenapa aku agak kepenatan pada hari ini, memang patut pun rasanya. Belum hilang penat bercuti di Sabah, aku sudah diarahkan ke Pulau Pinang pula dengan menaiki bas Kementerian. Setiba di sana, kami bermesyuarat sehingga jam 12.30 tengah malam. Semalam sebelum bertolak balik ke KL pula, kami mengadakan aktiviti jungle trekking di Taman Negara Pulau Pinang.



Wajah-wajah maintain walaupun kepenatan...:)
Pantai Kerachut...



Untuk mengikuti aktiviti tersebut, kami bertolak daripada hotel lebih kurang jam 7.30 pagi. Tiba di Taman Negara Pulau Pinang lebih kurang jam 8.00 pagi. Setiba di sana, kami diberi taklimat perjalanan kami nanti dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa aktiviti jungle trekking nanti. Selesai taklimat dan sedikit warming-up, kami memulakan perjalanan. Perjalanan agak mencabar juga kerana kami perlu mendaki 3 buah anak bukit. Tambahan pula aku sudah agak lama meninggalkan aktiviti riadah sebegini sejak tamat kursus 6 bulan dulu. Mujurlah akhir-akhir ini aku kembali mengaktifkan diri untuk mengunjungi taman tasik berhampiran rumah aku iaitu Tasik Permaisuri. Perjalanan sememangnya menghiburkan dengan sesekali diselangselikan dengan lawak-lawak spontan yang muncul dari mulut kami semua. Hampir 2 jam juga masa yang diambil untuk sampai ke Pantai Kerachut.
Sebelum itu, 2 orang peserta tidak dapat meneruskan perjalanan kerana masalah kesihatan. Mujurlah aku berjaya menamatkan aktiviti tersebut sehingga tiba ke Pantai Kerachut. Daripada situ kami akan pulang ke jeti dengan menaiki bot pula. Macam biasa, sempat jugalah posing sebelum bertolak balik. Hehehe...

Sunday, December 21, 2008

Pulau Mutiara...

Aku sekarang sebenarnya berada di Pulau Pinang atau lebih tepat lagi di Hotel NAZA kerana mengikuti Mesyuarat RKT Bahagian. Walaupun penat balik dari Sabah pun belum hilang, aku terpaksa juga menggagahkan diri untuk hadir. Kami datang ke sini dengan menaiki bas Kementerian dan perjalanan memakan masa hampir 6 jam.

Hari ini seharian kami berada di bilik mesyuarat bagi sesi pembentangan oleh setiap seksyen. Bosan juga tapi apakan daya, SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Tambahan pula sekarang adalah hujung minggu. Huhu...

Mujurlah pembentangan ditamatkan pada jam 6.30 petang dan kami diberi waktu lapang pada waktu malam. Lega rasanya tapi ada perancangan untuk ke Batu Feringgi pula. Layan jela...

Hotel yang aku duduk ni kira ok dan puas hati.

Pagi esok kami akan ke Taman Negara Pulau Pinang. Waktu berkumpul adalah pukul 07.30 pagi. Kalau diikutkan hati, malas nak pergi sebab aku dah pernah pergi ke sana tapi mengenangkan kunjungan kali ini mungkin berbeza, aku akur dengan program yang telah diatur. Semoga kunjungan pada kali ini akan memberikan pengalaman yang berbeza. insyaAllah.

Selesai kunjungan tersebut yang dijangka berakhir pukul 11.00 pagi, kami akan kembali ke hotel untuk bersiap dan daftar keluar. insyaAllah akan bertolak balik ke KL selepas makan tengah hari.

"Ya Allah, Kau rahmatilah dan berkatilah perjalanan kami pada esok hari, jauhkanlah perjalanan kami daripada mara bahaya kerana sesungguhnya perjalanan kami ini adalah keranaMu jua Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui perkara-perkara yang nyata mahu pun yang ghaib."

Negeri di Bawah Bayu...

Alhamdulillah pada 15-18 Disember yang lalu, aku dan beberapa orang ahli keluarga telah berjaya menyempurnakan percutian yang telah kami rancang sejak beberapa bulan yang lalu. Orang yang paling seronok tentulah ummi aku dan 2 orang anak buah yang turut serta dalam percutian tersebut.

Walaupun masa amat terhad, kami cuba untuk memaksimakan penggunaan masa percutian kami dengan memulakan perjalanan pada setiap hari seawal mungkin. Tambahan pula perbezaan waktu antara Sabah dan Semenanjung adalah selama 1 jam. Sekiranya kami lewat memulakan perjalanan, berkemungkinan besar perancangan yang telah dirancang tidak akan berjalan dengan lancar. Gambar-gambar berikut adalah perjalanan yang kami lalui sepanjang percutian tersebut...

















Saturday, December 13, 2008

Cuti-cuti Malaysia

InsyaAllah aku dan beberapa orang ahli keluarga akan menaiki penerbangan pada 15 Disember 2008 (Isnin) jam 4.00 pagi di KLIA ke Kota Kinabalu, Sabah. Pukul berapa? ya, 4.00 pagi. Bercakap soal waktu berlepas ini memang amat menggelikan hati aku sebenarnya. Seawal membuat tempahan tiket secara atas talian (online) aku memang menjangkakan untuk berlepas pada jam 4.00 petang. Maka waktu itulah yang telah diwarwarkan kepada bakal ahli rombongan kelak. Entah kenapa, 2 hari lepas sewaktu ingin berkemas untuk pulang, aku terdetik untuk menyemak semula waktu berlepas pada tiket yang dihantar melalui e-mel. Waktu yang terpapar adalah 0400. Aku menjadi musykil sama ada waktu yang dipaparkan adalah waktu pagi atau petang. Puas aku bertanya pendapat seorang kawan tetapi dia juga tidak mampu memberikan jawapan yang pasti. Lantas aku ambil jalan pintas untuk menghubungi terus pejabat jualan MAS untuk mendapatkan pengesahan.
Sah! waktu berlepas adalah jam 04.00 pagi kerana sistem menggunakan format waktu 24 jam. Aku tergelak besar kerana mengenangkan kutukan yang bakal aku terima daripada ahli keluarga yang akan turut serta terutama ummi aku. Hahahaha. Memandangkan ummi dan adik-adik aku masih di kampung dan bercadang untuk bertolak pada petang ahad ke KL, aku segera menghubungi adik aku dan memaklumkan perubahan waktu tersebut. Seperti dijangkakan, aku menerima 'kutukan' hebat daripada adik-beradikku.
Apapun, aku bersyukur kerana cepat tersedar. Mujurlah Allah mengilhamkan hatiku untuk membuat semakan semula waktu berlepas. Aku tidak dapat membayangkan kekecewaan yang bakal dihadapi oleh ummi terutamanya seandai perancangan percutian ini tergendala. Meskipun aku akan turut berhadapan dengan kerugian kewangan, namun itu tidak seberat jika dibandingkan dengan kekecewaan ummi. Ini merupakan kunjungan pertama bagi ummi ke Sabah sedangkan aku sudah berpeluang beberapa kali ke sana atas urusan rasmi.
Sekarang aku di pejabat sebenarnya menguruskan beberapa urusan kerja sebelum bercuti selama 4 hari. Jadual aku cukup padat. Sekembali daripada KK pada 18hb, aku perlu bersiap untuk bertolak ke Pulau Pinang pula pada 19hb dan dijangka akan berada di sana selama 3 hari. Pun begitu, aku bersyukur kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik dan mampu melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin. Syukur. Ya, itulah kata azimat dan penawar bagi segala kerisauan, kesedihan dan juga kegembiraan...
Aku berdoa semoga percutian pada kali ini akan dilindungiNya kerana sesungguhnya perjalananku ini adalah keranaNya jua...

Friday, December 12, 2008

BaNJiR...

(Baru selesai mesyuarat...)

Bulan Disember sinonim dengan musim tengkujuh. Berita di dada-dada akhbar melaporkan beberapa negeri telah dan sedang dilanda banjir.
Selaku anak Pantai Timur, aku memang membesar dengan banjir. Terimbau kenangan-kenangan lalu semasa bermain-main air banjir bersama adik-beradik dan jerit pekik ummi memarahi kami kerana membasahkan baju sedangkan cuaca sememangnya tidak mengizinkan aktiviti jemur menjemur pakaian dilakukan. Sungguh manis semua memori itu.
Kebiasaannya, kalau hujan turun tidak berhenti-henti selama 2 malam berturut-turut, itu tandanya kami akan berpeluang untuk bermain rakit. Abang-abang aku akan mengumpulkan papan kayu milik Abah untuk dijadikan rakit dan menambat buah-buah kelapa untuk dijadikan pelampung. Buka saja biji mata, kami akan terus melompat keluar melalui tingkap bilik meredah banjir menuju ke arah rakit yang disembunyikan di belakang semak. Rakit terpaksa disembunyikan kerana takut jika dijumpai oleh Abah, maka impian kami untuk berakit akan berkubur.
Tapi marah Abah bertempat. Bimbang sebenarnya kami terlalu leka dengan keseronokan bermain air dan mengundang bencana. Kadang-kadang paras air memang tidak terlalu dalam tetapi boleh mencecah paras pinggang dan ada kawasan berlekuk yang boleh mengundang celaka andai tidak berhati-hati. Itu tidak mengambilkira aliran najis lembu dan kambing yang berlalu bersama air banjir. Semua itu bakal mengundang bahaya. Hanya kegembiraan yang berada di sarang kepala.

Kali terakhir kampung aku dilanda banjir besar adalah pada tahun 2004. Hampir seminggu kami terperangkap kerana laluan masuk atau keluar ditenggelami air. Harga barang runcit melonjak naik kerana bekalan tidak dapat dibawa masuk. Hanya kenderaan besar yang mampu melepasi paras air tersebut. Aku sempat meredah dan meninjau suasana banjir itu bersama adik-beradik. Agak dahsyat juga. Malah ada yang terdesak untuk kembali ke kota terpaksa mengambil jalan dengan menggunakan khidmat kenderaan besar seperti treler untuk melintas laluan yang tersekat.

Thursday, December 11, 2008

Pagi Ini...

Pagi ini aku terasa sedikit nostalgik. Entah kenapa asyik teringat Abah dan Ummi di kampung. Hanya gambar menjadi teman pengubat rindu...Ayah dan Ibu...Lagu Allahyarham Sudirman terngiang-ngiang di telinga ini...

Wednesday, December 10, 2008

Persimpangan Dilema...

Pagi ini aku memasuki pejabat dengan semangat baru. Entah kenapa pagi ini seolah-olah ada semangat baru meresap dalam diriku untuk memulakan langkah ke pejabat. Jam 7.05 pagi aku bertolak daripada Gombak dan tiba di Putrajaya lebih kurang jam 8.00 pagi. Aku memulakan perjalanan daripada Gombak (rumah abang) kerana tiba dari kampung semalam lebih kurang jam 8.00 malam. Oleh kerana malas nak memandu ke rumah sendiri, aku mengambil keputusan untuk bermalam di Gombak.
Tiba di pejabat, seperti biasa ada beberapa dokumen yang perlu diambil tindakan segera dan jam 9.00 pagi sepatutnya aku perlu menghadiri mesyuarat seksyen untuk menyelesaikan segala bagai urusan perancangan program tahun 2009. Memandangkan bilik mesyuarat digunakan oleh seksyen lain, mesyuarat kami ditunda ke jam 10.00 pagi.
Yang seronoknya apabila mendapat surat pelantikan sebagai panel penilai PAC di INTAN Wilayah Timur atau ringkasnya INTIM. Dalam hati memang teringin sangat nak pergi sebab berpeluang balik kampung tapi mengenangkan jadual mesyuarat yang memang telah diatur dari awal, aku jadi keliru. Manakah yang perlu aku dahulukan? Perasaanku bercampur baur. Aku berada di persimpangan dilema. Dua-dua aku ingin penuhi walau kusedar dalam hidup ini aku tidak akan mampu mendapatkan semua yang kuinginkan. Kadang-kadang pengorbanan harus dibuat demi untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Sementelahan pula umat Islam baru sahaja merayakan Hari Raya Qurban dan sebenarnya sedang melaluinya lagi. Yang mana satukah harus aku korbankan? Hmmm...

Friday, December 5, 2008

Muhasabah Diri...

Aku baru balik dari Seri Kembangan (Seri Kembongan kata sahabatku...) dengan sahabatku. Kami makan tengah hari dan mini shopping (ada ke istilah ni???) di Jusco Taman Equine. Sudah agak lama sebenarnya kami tidak menghabiskan masa berbual-bual memandangkan masing-masing sibuk dengan urusan peribadi dan kerja. Aku pula hari ini baru kembali bertugas selepas lapan (8) hari menjadi urus setia kursus di salah sebuah hotel di Nilai.
Biasalah topik perbincangan berkisar tentang kerja masing-masing. Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa batch kami sudah berada dalam zon naik pangkat. Malah rasanya sudah tidak boleh diistilahkan sebagai khabar angin lagi agaknya kerana daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, kertas pertimbangan kenaikan pangkat untuk batch kami telah pun sedia untuk dibentangkan. Secara peribadi, aku tidak merasa begitu teruja untuk bercakap soal naik pangkat kerana bimbang kosentrasi terhadap kerja-kerja semasa akan terganggu. Sebaliknya aku lebih suka mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Kalau sememangnya ditakdirkan aku akan dinaikkan pangkat dalam masa terdekat, aku redha dan menerima dengan tangan terbuka walaupun jauh di sudut hati, aku memang merasa kurang bersedia dan gementar dengan tanggungjawab yang bakal diamanahkan.
Pelbagai persoalan bermain dalam kepala aku dengan khabar itu. Sebahagiannya membuat diri aku bertambah bersemangat untuk bekerja tetapi sebahagian lagi tidak dapat dinafikan membuatkan aku kecut perut juga sebenarnya. Sudah tentulah banyak perkara akan berubah dan perlu diubah. Apapun, aku tidak mahu terlampau membebankan kepala ini dengan perkara-perkara yang belum pasti. Adalah lebih baik aku menumpukan fikiran kepada tanggungjawab sedia ada yang telah diberi.
Cukup bercakap soal kerja, aku sempat menemani sahabatku itu membeli tilam untuk anaknya yang kian lasak katanya. Semasa menanti giliran untuk membuat bayaran, sahabatku itu telah menyatakan sesuatu yang membuatkan aku terfikir sejenak.
"Lately, kau macam mak nenek ye."
Aku terdiam. Berfikir sebenarnya. Jauh di sudut hati terkejut juga dengan kenyataan dia tetapi terus-terang dengan sahabat yang seorang ini aku sering tidak memandang teguran dia dari sudut yang negatif. Aku menganggap teguran dia satu teguran ikhlas daripada seorang yang dipanggil sahabat. Malah secara diam, aku berterima kasih dengan teguran dia. Sejenak aku terdiam dan berfikir.
Apakah aku telah benar-benar berubah?
Kenapakah aku berubah?
Apakah lagi perubahan-perubahan yang bakal berlaku kepada diriku?
Adakah keadaan-keadaan yang bakal aku lalui/alami akan merubah jati diriku ini?
Pendek kata, pelbagai persoalan bermain di benak kepalaku ini. Jujurnya, aku amat bimbang sekiranya tiada orang/sahabat/rakan/kawan yang boleh menegur aku lagi seandainya aku tersilap langkah sepanjang perjalanan hidup ini. Teguranlah yang membuat aku berhenti sejenak dan bermuhasabah seketika akan keputusan atau tingkah laku yang telah dibuat.
Semoga langkahku ini akan sentiasa diiringi dengan teguran-teguran yang mampu menyedarkan aku dan membuatkan aku menghalakan langkah ke jalan yang benar dan diredhaiNya...

Back to office...

Pagi ini hajatnya nak cuti @ M.C (hehehe...) tapi terpaksa dibatalkan kerana mengenangkan kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Tunda nak balik kampung ke pagi esok. Huhu...Apakan daya, Berkhidmat Untuk Negara. Walaupun kalau diikutkan hati teramatlah malasnya nak pergi kerja tetapi membayangkan tanggungjawab yang telah diamanahkan, aku menggagahkan diri juga untuk bangun dan hadir ke pejabat.

Pagi ini aku bersarapan denga Man Sengal, Ila P.A TanSri dan Zamri P.A Blank. Hahaha...matilah aku kalau diaorang tahu aku labelkan diaorang dengan panggilan itu. Tapi Man Sengal memang Presiden Kelab Sengal (Kelab underground NRE). Dalam perjalanan kami ke 'lubuk rahsia' kami, ada satu pemandangan memalukan yang membuatkan kami tergelak besar. Bermacam-macam andaian boleh dibuat apabila melihatkan keadaan tersebut. Yang nyata, gambar tersebut mampu menafsirkan pelbagai andaian. Yang tahu hakikat sebenar adalah pemilik kereta tersebut sahaja...

Wednesday, December 3, 2008

Ku Terkenang...

Hari ini aku cuma duduk di dewan mengemaskini apa-apa yang patut untuk sesi peperiksaan pada esok hari. Tak sabar rasanya nak menghabiskan kursus ini. Jadi urus setia lebih penat dari jadi peserta. Huhu...

Tiba-tiba teringat kat Adam, anak buah aku. Dah agak lama juga tak jumpa dia. Cadangnya esok nak bawa dia jalan-jalan sebelum aku bertolak balik kampung untuk Raya Haji. Sempat jugalah aku mem'browse' gambar-gambar terbaru aku dengan Adam. Paling terbaru trip ke Ipoh, Perak. Nasib baik Adam ada, penyeri sepanjang perjalanan di samping adik aku, Mak Teh Adam. Kami ke sana untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan sebenarnya. Antara aksi-aksi kami di sana...



Adam terpisat-pisat masa mula-mula sampai di hotel sambil didukung oleh Mak Teh @ Bibik Adam

Adam menikmati makanan kegemarannya: Nasi himpit dengan kuah kacang

Posing dengan Mak Long jap (well, that's me...)

Dengan Mak Long lagi di luar bilik hotel sebelum bergerak ke majlis perkahwinan...Adam yang manja

Di majlis perkahwinan. Sebelah Mak Teh tu adalah kawan Mak Long, Sharliza. Specially brought from Penang...hehehe

Aksi tonggak-tonggek kami bertiga di hadapan masjid sebenarnya, sungguh gedik...hahaha

Adam alone...tak tahu lah tarian apa tu? he's funny...

Dalam perjalanan balik kami singgah di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang. Bermalam juga di situ. Kebetulan ada kolam di hotel tersebut. Apa lagi, kami terjunlah. Adam memang dah gian nak mandi kolam katanya...

Adam mengada-ngada sebelum tidur...pura-pura tidur sebenarnya...

Yeah! dalam kolam dengan Mak Long...

Dengan Bibik pulak...

Adam sayu nak meninggalkan kolam...hahaha


Dengan Mak Teh sebelum bertolak balik...

Adam alone...