Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Monday, September 15, 2008

Majlis Iftar Bersama YB Menteri

10 September yang lalu aku hadir iftar bersama YB Menteri walaupun Menteri sah tak puasa sebab dia bukan beragama Islam. Kami (aku, Ila, Azhari, Zamri, En.Khairul) duduk semeja. Sambutan? Pada aku kurang menggalakkan. Entah di mana silapnya, tidak ramai kakitangan yang memeriahkan majlis tersebut. Kami hadir pun sebab dah bagi nama sebelum ni. Makanan pun tidaklah menyelerakan sangat. Biasa je...Lepas tazkirah dan bacaan tahlil, kami berbuka puasa beramai-ramai. Kalau ikut tentatif, lepas solat Maghrib berjemaah di surau An-Nur, barulah kami akan sama-sama menikmati makanan berat. Tetapi memandangkan kain telekung berada di pejabat aku, aku dan Ila ambil keputusan untuk solat Maghrib di atas sahaja.

Ila, Zamri and his daughter, aku...

Wednesday, September 10, 2008

Betul Ke Ni???

Aku baru je tiba di ofis. Pagi ni terasa nak turun awal plak. Lepas sahur tadi aku dan Ono tak tidur semula. Bukan apa, bimbang terlajak. Selamat la plak bangun lambat. Apa yang menghairankan aku adalah sejak aku puasa ni kain yang aku pakai sudah terasa longgar. Betul ke ni? atau cuma aku yang perasan. Aku cuba kain lain yang sebelum ni dah agak mengetat juga. Aik? dah longgar. Hehehe...Alhamdulillah. Nampaknya Ramadhan kali ni ada perubahan. Agaknya berkait dengan tabiat pemakanan aku pada kali ini. Aku kurangkan pengambilan nasi dan berhenti sebelum kenyang sewaktu berbuka kerana bimbang tak larat nak tarawih selepas tu. Nampaknya usaha aku itu secara tidak langsung telah memberi manfaat lain kepada aku. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Aku sebenarnya memang amat risau dengan pertambahan berat badan aku yang agak mendadak selepas aku berhenti mengunjungi gimnasium lebih setahun yang lalu. Pertambahan berat badan menyebabkan aktiviti fizikal aku agak terhad, cepat letih dan malas untuk berfikir. Sangat tidak bagus. Pernah juga aku cuba mengamalkan pengambilan ubat tertentu malah sampai ke satu tahap pernah mengunjungi pusat kecantikan. Akhirnya, aku yang culas nak makan ubat dan nak ikut jadual yang ditetapkan. Tiada hasilnya juga. Sekarang aku cuba kurangkan pengambilan nasi. Baru sekarang terasa perubahannya. Bangun pagi pun agak mudah berbanding sebelum ni. Aku perlu kuatkan semangat untuk cuba yang terbaik...

Tuesday, September 9, 2008

Monday, September 8, 2008

iFTaR BerSaMa MeNTeRi...

InsyaAllah, iftar bersama menteri akan diadakan pada 11 September 2008. Aku dan rakan-rakan sepejabat telah pun mendaftar untuk hadir pada majlis tersebut. Makan free...hehe


Sebelum itu, mari kita imbas iftar pada tahun lepas...

Syita (mama Megat), Su and me...

wif mama Danish...


wif ex-minister and his wife (who else...kak mala arr)

Kanak-kanak riang...

Gambar ni yang paling penting ni...me wif kak mala...

Friday, September 5, 2008

Marhaban Ya Ramadhan...

26 Ogos 2008:
Aku ke UiTM Shah Alam untuk menyerahkan dokumen PTK kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat semasa Kursus PTK baru-baru ini. Lega rasanya dapat menyelesaikan satu bahagian pemeriksaan kertas PTK. Adam (anak abang aku) turut menemani aku ke sana dan kami bercadang untuk ke taman permainan berhampiran Masjid Shah Alam selepas itu. Memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan (hujan lebat yang amat), kami membatalkan hasrat tersebut dan meneruskan perjalanan ke Tasik Permaisuri, Bandar Tasik Selatan, Cheras. Puas juga lah aku menemani Adam bermain-main di taman. Macam-macam aksi dibuatnya. Aku pun sama melepaskan geram bermain buaian dan memanjat titi buatan.

Selepas lebih kurang 1 jam di situ, kami meneruskan perjalanan balik ke Gombak.

27 Ogos 2008:
Selepas menunaikan solat Isyak dan mengemaskan apa yang patut, aku bertolak ke Gombak (rumah abang aku) sebelum meneruskan perjalanan untuk balik kampung (Terengganu).

Tak kusangka jalan-jalan di KL sungguh sesak sehingga perjalanan yang pada kebiasaannya memakan masa setengah jam menjangkau 1 jam setengah. Sesak dada den...Hujan pula turun renyai-renyai membuatkan semua pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan pergerakan kenderaan menjadi perlahan. Selepas melalui jalan yang agak mencabar kesabaran, aku akhirnya tiba di Gombak lebih kurang jam 10 malam walhal aku bercadang untuk bertolak balik ke kampung selepas Isyak.

Setibanya aku di sana, adik bongsu aku yang menuntut di UNISEL sudah pun tiba. Aku memang berjanji untuk pulang bersama dengan dia. Adam pula seolah-olah sudah dapat mengesan yang aku yang dipanggil Mak Long dan adik aku yang dipanggil Pak Su akan pergi ke suatu tempat pada malam itu. Adam mula menampakkan reaksi untuk turut mengikuti kami walaupun aku cuba untuk mengalih perhatian dia dengan mengatakan 'rahsia'. Adam sudah mula keluar untuk memakai kasut dan menuju ke kereta aku. Terpaksalah aku menggunakan khidmat abang aku (Abah Adam) untuk menghalang kemahuan Adam. Kesian pun ada.

Akhirnya aku meneruskan perjalanan tanpa Adam. Pak Su aku tugaskan untuk memandu PUTRAJAYA 3217 pada malam itu. Aku pula tidur sepanjang perjalanan. Tanpa aku sedari dalam masa 4 jam sahaja aku sudah tiba di kampung. Entah berapa km/j lah Pak su memecut. Alhamdulillah aku masih di alam fana dan bukannya di alam barzakh...

29 Ogos 2008:
Abah pulang dari masjid selepas menjalankan tanggungjawab sebagai imam. Tetapi wajahnya agak sugul. Rupa-rupanya Abah baru mendapat khabar bahawa teman baiknya, Ayah Ku Satar telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu selepas beberapa hari dimasukkan ke Hosiptal Dungun kerana serangan sakit jantung. Aku dan Pak Su bersiap untuk menemani Abah dan Mi ke Kuala Terengganu. Kami tiba di Hospital lebih kurang jam 5.30 petang. Ayah Ku Satar ditempat di Wad 3C. Hanya 2 orang pelawat dibenarkan untuk berada dalam wad pada satu-satu masa. Rakan-rakan Abah yang lain juga telah turut hadir. Tiba giliran Abah dan Mi untuk masuk ke dalam wad. Aku dan Pak Su menunggu di luar. Buntu. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kami cuma memerhati gelagat manusia sahaja. Sebenarnya dalam kepala aku membayangkan dan memikirkan perkara lain. Saat itu hati ini merasa sebak dan aku cuba untuk mengawal empangan air mata daripada pecah.

Aku membayangkan bagaimana agaknya seandai yang terbaring di dalam wad pada saat ini adalah salah seorang daripada kedua ibu bapaku. Bagaimanakah aku harus untuk menghadapinya? Sesungguhnya secara luaran aku sememangnya nampak tegas tetapi hakikatnya aku seorang yang amat mudah untuk mengalirkan air mata. Namun aku bukan jenis yang akan mempamerkan kesedihanku kepada orang lain. Membayangkan semua itu, hati aku menjadi sebu, sebal dan sebak. Sesungguhnya aku beruntung kerana masih mempunyai kedua ibu bapa. Meski mereka bukan ibu bapa yang terbaik namun mereka sentiasa mencuba untuk memberikan yang terbaik kepada kami. Saat itu juga semua nostalgia dan kenangan pahit, manis yang pernah dilalui bersama terpamer di dalam kotak ingatanku. Dari saat kami mendiami rumah kayu dengan air perigi menjadi sumber, semak samun menjadi tandas...semua itu membuatkan hati ini semaki sebak. Betapa tanpa keazaman dan kasih sayang mereka berdua, kami semua pasti tidak mampu memiliki apa yang kami ada pada hari ini. Pasti kami tidak mampu untuk berada pada kedudukan sekarang...Ya Allah! Ampunilah kami semua kerana pernah melukakan hati kedua ibu bapa kami dengan disedari atau tidak. Sesungguhnya kami bukan anak-anak yang terbaik tetapi kami sentiasa terbaik di mata mereka...Kau pelihara dan kasihanilah keduanya sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil...Aamin.

Petang itu aku pulang dengan seribu pertanyaan yang bermain-main dalam kepala. Apakah aku telah berbakti dengan secukupnya kepada kedua ibu bapa sepanjang kedewasaan ini? Apakah mampu untuk aku membalas setiap titisan keringat keduanya kerana membesarkan aku? Anak solehahkah aku di mata mereka? Ya Allah, sesungguhnya aku sedar redha-Mu tergantung kepada redha kedua ibu bapaku...

30 Ogos 2008:
Pagi itu aku dikejutkan dengan satu suara yang amat biasa kudengari. Pintu bilik kukuak. Senyum lebar yang terukir pada wajah mungilnya menceriakan pagi itu. "Mak Long, Adam balik juga," itu kata-kata yang keluar dari mulutnya. Aku tergelak besar dengan kata-kata itu kerana mengenangkan ketulusan seorang kanak-kanak yang berpuas hati kerana mendapat apa yang diingininya. Rupa-rupanya Abang Ha (Abah Adam) dan keluarganya turut pulang bersama adik-adik aku (Mak Teh dan Ayah Chik) pada malam itu. Pada mulanya aku menyangka Abang Ha akan pulang ke rumah mertuanya di Kulim kerana sebelum itu dia sudah pulang ke Terengganu. Rupa-rupanya rezeki Adam untuk menyambut kemerdekaan dan Ramadhan di kampung bersama tokwan dan tokki.

Adam sebenarnya cukup obses dengan kambing yang diternak oleh tokki (Abah aku). Setiap kali pulang ke kampung dia pasti akan mengikut tokki ke kandang kambing dan bermain-main dengan anak-anak kambing kegemarannya. Dia seolah-olah tenggelam dalam dunianya sendiri bersama kambing-kambing itu. Malah dipeluk dan pernah Adam mencium kambing itu. Oleh itu, apabila setiap kali aku atau Mak Teh ingin pulang ke kampung, Adam pasti ingin mengikut.

31 Ogos 2008:
Abang aku yang tinggal di Pahang pula tiba bersama keluarganya. Bertambah meriah suasana dengan jerit pekik kanak-kanak.

Petangnya kami beramai-ramai ke tepian pantai dan mandi laut sepuas-puasnya sebelum Ramadhan menjelma. Malamnya kami berdebar-debar menunggu pengumuman tarikh mula berpuasa. Tokki sudah siap sedia di masjid untuk solat terawih sekiranya esok diumumkan mula berpuasa. Alhamdulillah...Ramadhan tiba jua...

1 September 2008:
Ahlan wa sahlan wamarhaban bikum ya Ramadhan...

Pelbagai juadah disediakan termasuk sarok lada kegemaranku. Kami sempat bersahur dan berbuka puasa bersama Abah dan Mi. Selesai berbuka dan menunaikan solat terawih, kami bersiap untuk bertolak ke destinasi masing-masing memandangkan esok hari bekerja. Sedih pula rasanya. Kami bertolak lebih kurang jam 10.30 malam dan berkonvoi sepanjang perjalanan. Kami berpecah di simpang Gambang kerana abang aku yang tinggal di Pahang perlu meneruskan perjalanannya ke Felda Chini untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai guru di situ. Manakala aku dan yang lain termasuk Adam meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Perjalanan memakan masa hampir 5 jam dan kami tiba di Gombak lebih kurang jam 4 pagi.

Walaupun perjalanan tersebut memenatkan, aku puas kerana dapat menghabiskan masa di kampung bersama-sama ahli keluarga...