Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Tuesday, August 12, 2008

dugaan...

kata orang,'bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana yang tak bergelora'. begitu juga dengan kehidupan ini. kita sentiasa diuji dengan pelbagai nikmat dan musibah agar dengan itu kita akan menjadi lebih kuat dan menilai hikmah di sebalik semua itu. sesungguhnya itulah jua yang sedang aku alami sekarang. aku diuji dengan hubungan yang tidak berapa baik dengan bos sendiri. walaupun hal ini sungguh tidak menyenangkan, aku amat yakin bahawa di sebalik semua kejadian ini, satu sinar akan terpancar. aku sangat pasti apa jua yang dikurniakanNya kepada diriku ini pasti ada hikmahnya sama ada secara nyata atau tersembunyi. terserahlah kepada aku bagaimana untuk menilai situasi ini sama ada ingin menghadapinya dengan fikiran yang positif atau sebaliknya. yang pasti, kemanisan bukan mudah diperoleh. pasti ada harga yang perlu dibayar.

namun aku pasrah. sedikit sebanyak situasi ini mengajar aku untuk lebih tabah dalam meneruskan karierku ini. aku sedar yang akan lalui masih jauh dan panjang. pelbagai cabaran dan dugaan sedia menanti untuk ditempuh dengan penuh cekal dan kuat semangat. seandainya dalam usia perkhidmatan yang masih muda ini aku gagal untuk menangani situasi ini, rasanya aku perlu melakukan sesuatu untuk mempersiapkan diri agar aku mampu untuk menghadapi situasi mendatang yang mungkin jauh lebih hebat daripada sekarang. aku percaya situasi yang aku alami sekarang hanyalah picisan daripada situasi besar yang bakal aku hadapi kelak. aku senantiasa dan amat percaya bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Dia sentiasa menimpakan ujian yang bersesuaian dan mampu ditanggung oleh hamba-hambaNya...